Kalau kerja anda selalu melibatkan mesyuarat, anda mesti pernah melalui situasi ini.
Mesyuarat dah habis, tapi kerja sebenar baru nak mula.
Kena semak nota, ingat balik siapa cakap apa, susun keputusan, senaraikan tindakan susulan, kemudian barulah boleh siapkan minit mesyuarat dalam format yang kemas.
Kalau mesyuarat panjang, proses ini memang boleh makan masa.
Dengan Gen AI, anda boleh percepatkan proses menyediakan draf minit mesyuarat dengan ketara.
Apa yang Gen AI boleh bantu?
Anda boleh gunakan Gen AI untuk:
- Menyusun nota mesyuarat yang berselerak
- Mengenal pasti keputusan utama
- Menyenaraikan tindakan susulan
- Mengenal pasti pegawai atau pihak yang bertanggungjawab
- Menukar bahasa tidak formal kepada gaya profesional
- Menyusun kandungan mengikut format minit mesyuarat
- Menghasilkan draf awal yang lebih mudah untuk disemak
Penting untuk difahami, Gen AI sepatutnya membantu menyediakan draf, bukan terus dianggap sebagai minit mesyuarat rasmi tanpa semakan.
Cara Guna Gen AI Untuk Buat Minit Mesyuarat
3 langkah untuk anda mula.
- Sediakan bahan mesyuarat
Anda boleh gunakan salah satu daripada bahan berikut:
- Nota yang anda taip semasa mesyuarat
- Transkrip mesyuarat
- Catatan ringkas
- Ringkasan daripada rakaman mesyuarat
- Nota daripada beberapa orang peserta
Lebih lengkap bahan yang diberikan, lebih baik draf yang boleh dihasilkan.
- Masukkan maklumat penting
Sebelum minta AI menghasilkan minit, beri sedikit konteks seperti:
- Nama mesyuarat
- Tarikh
- Masa
- Tempat
- Senarai kehadiran
- Agenda
- Format minit yang biasa digunakan organisasi
Kalau organisasi anda mempunyai contoh minit mesyuarat lama, anda juga boleh gunakan dokumen itu sebagai rujukan gaya dan format.
- Gunakan prompt yang jelas
Jangan sekadar tulis:
“Buat minit mesyuarat.”
Beritahu AI dengan jelas apa yang anda mahu ia keluarkan.
Contohnya, minta AI bezakan antara:
- Perbincangan
- Keputusan
- Tindakan susulan
- Pegawai bertanggungjawab
Free Prompt: Hasilkan Draf Minit Mesyuarat
Bertindak sebagai pembantu pentadbiran yang mahir menyediakan minit mesyuarat rasmi.
Saya akan berikan nota atau transkrip daripada satu mesyuarat.
Tugas anda:
1. Susun kandungan mengikut agenda.
2. Ringkaskan perbincangan tanpa mengubah maksud asal.
3. Kenal pasti keputusan yang telah dipersetujui.
4. Senaraikan tindakan susulan yang perlu dilakukan.
5. Nyatakan pegawai atau pihak yang bertanggungjawab jika maklumat tersebut dinyatakan.
6. Gunakan bahasa formal, profesional dan mudah dibaca.
7. Jangan mereka-reka maklumat yang tidak terdapat dalam nota.
8. Jika terdapat maklumat yang tidak jelas, tandakan sebagai [PERLU SEMAKAN].
Gunakan struktur berikut:
TAJUK MESYUARAT:
TARIKH:
MASA:
TEMPAT:
KEHADIRAN:
AGENDA 1:
Perbincangan:
Keputusan:
Tindakan:
AGENDA 2:
Perbincangan:
Keputusan:
Tindakan:
HAL-HAL LAIN:
TINDAKAN SUSULAN:
1.
2.
3.
Berikut ialah nota/transkrip mesyuarat:
[PASTE NOTA ATAU TRANSKRIP DI SINI]
Tips Supaya Hasil Lebih Tepat
Jangan terus salin dan hantar hasil AI.
Semak semula perkara berikut:
- Nama individu
- Tarikh
- Nombor
- Keputusan mesyuarat
- Pegawai bertanggungjawab
- Tarikh akhir tindakan
- Fakta penting
Jika mesyuarat melibatkan maklumat sulit atau sensitif, pastikan anda mematuhi polisi organisasi sebelum memasukkan maklumat tersebut ke dalam mana-mana platform AI.
Gen AI tidak menggantikan semakan manusia, tetapi ia boleh mengurangkan banyak kerja manual seperti menyusun nota, merumuskan perbincangan dan mengenal pasti tindakan susulan.
Kalau sebelum ini anda bermula dengan dokumen kosong, sekarang anda boleh bermula dengan draf yang lebih tersusun.
Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, Saya Tunjuk Bagaimana Convert Audio Jadi Minit Mesyuarat Ikut Format Organisasi Anda.
Kalau anda nak lebih banyak prompt siap guna untuk tugasan pejabat seperti minit mesyuarat, laporan, email, proposal, analisis data dan penyediaan slide, saya dah susunkan semuanya dalam Panduan AI Kerja Pejabat. Anda boleh terus ikut contoh dan gunakan prompt yang disediakan mengikut tugasan sebenar di tempat kerja.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.
Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/


