Cara Analisis Data Excel Dengan Gen AI + Free Prompt

Ramai orang ada data dalam Excel.

Tapi bila nak mula analisis, terus stuck.

Nak tengok trend apa?

Nak cari masalah dekat mana?

Nak tahu nombor mana yang penting?

Nak buat rumusan macam mana?

Gen AI boleh bantu anda faham data dengan lebih cepat, terutamanya kalau anda dah ada fail Excel atau jadual yang nak dianalisis.

Apa yang Gen AI boleh bantu?

Anda boleh gunakan Gen AI untuk:

  • Kenal pasti trend dalam data
  • Cari pola atau perubahan
  • Bandingkan prestasi
  • Kenal pasti nilai tertinggi dan terendah
  • Cari data yang pelik atau luar biasa
  • Bantu bina formula Excel
  • Ringkaskan dapatan
  • Cadangkan insight
  • Tukar dapatan kepada laporan
  • Cadangkan jenis chart yang sesuai

Gen AI tak semestinya menggantikan Excel.

Ia lebih kepada membantu anda faham apa yang berlaku dalam data dan apa yang patut diberi perhatian.

Cara Guna Gen AI Untuk Analisis Data Excel

3 langkah untuk anda mula.

  1. Sediakan data yang bersih

Pastikan jadual anda jelas.

Contohnya:

  • Tajuk column mudah difahami
  • Tiada terlalu banyak merged cell
  • Data penting tidak bercampur dengan nota
  • Format tarikh konsisten
  • Nama kategori konsisten

Lebih kemas data, lebih mudah AI faham.

  1. Beritahu apa yang anda nak tahu

Jangan sekadar minta:

“Analisis data ini.”

Beritahu objektif.

Contohnya:

  • Nak tahu prestasi bulanan
  • Nak bandingkan cawangan
  • Nak cari produk paling laris
  • Nak kenal pasti penurunan
  • Nak tengok pencapaian KPI
  • Nak cari faktor yang memerlukan perhatian
  1. Minta AI fokus kepada insight

Analisis yang bagus bukan sekadar ulang nombor.

Minta AI jawab:

  • Apa yang berubah
  • Apa yang paling menonjol
  • Apa yang mungkin menjadi isu
  • Apa yang perlu disiasat
  • Apa tindakan seterusnya yang sesuai

Free Prompt: Analisis Data Excel

Bertindak sebagai pembantu analisis data.

Saya akan berikan satu fail Excel atau jadual data.

Objektif analisis:
[TERANGKAN APA YANG ANDA NAK TAHU]

Tugas anda:

1. Fahami struktur data terlebih dahulu.
2. Kenal pasti trend, pola dan perubahan yang penting.
3. Kenal pasti nilai tertinggi, terendah atau luar biasa jika relevan.
4. Bandingkan kategori, tempoh, unit atau kumpulan yang berkaitan.
5. Kenal pasti isu atau perkara yang memerlukan perhatian.
6. Bezakan antara fakta yang jelas daripada data dengan andaian atau kemungkinan.
7. Jangan mereka-reka sebab yang tidak dapat dibuktikan daripada data.
8. Jika terdapat data yang tidak lengkap atau mengelirukan, tandakan sebagai [PERLU SEMAKAN].
9. Berikan cadangan analisis lanjut jika terdapat soalan yang belum boleh dijawab.

Gunakan format berikut:

RINGKASAN KESELURUHAN:
[Ringkasan utama]

DAPATAN UTAMA:
1.
2.
3.

TREND / POLA:
- 
- 
- 

PERKARA YANG MEMERLUKAN PERHATIAN:
- 
- 
- 

PERBANDINGAN PENTING:
- 
- 
- 

CADANGAN TINDAKAN:
- 
- 
- 

CADANGAN ANALISIS LANJUT:
- 
- 
- 

Jika sesuai, cadangkan juga jenis chart atau visual yang paling sesuai untuk menerangkan dapatan ini.

Tips Supaya Analisis Lebih Berguna

Beri konteks.

Contohnya:

  • Target sebenar
  • KPI
  • Tempoh analisis
  • Sasaran jualan
  • Benchmark
  • Objektif program
  • Apa yang dianggap baik atau buruk

Tanpa konteks, AI hanya nampak nombor.

Dengan konteks, AI lebih mudah bantu anda faham maksud nombor tersebut.

Perkara Yang Perlu Disemak

Sebelum guna hasil analisis, semak:

  • Formula
  • Jumlah
  • Peratus
  • Tarikh
  • Kategori
  • Data yang hilang
  • Nilai luar biasa
  • Cara AI mentafsir dapatan

Paling penting, jangan terus percaya jika AI membuat kesimpulan tentang punca sesuatu berlaku.

Data mungkin menunjukkan jualan menurun, tetapi tidak semestinya menunjukkan kenapa ia menurun.

Gen AI boleh bantu cari pola dan membentuk soalan yang lebih baik, tetapi keputusan tetap perlu dibuat berdasarkan data dan konteks sebenar.

Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, saya berikan workflow + prompt lengkap analisa data dan convert jadi laporan.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.

Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/

atau klik butang di bawah.

Picture of Aiman Ismail
Aiman Ismail

Accredited HRD Corp Trainer yang fokus kepada latihan Gen AI untuk menaikkan produktiviti kerja pejabat anda. Share artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *