Ada laporan dah siap.
Tapi bila kena tukar kepada slide, ramai terus copy paste isi laporan masuk PowerPoint.
Akhirnya slide jadi penuh dengan teks.
Masalah sebenar bukan tak ada content.
Masalahnya, laporan dan slide mempunyai fungsi yang berbeza.
Laporan untuk dibaca.
Slide pula untuk membantu orang faham isi penting dengan cepat semasa pembentangan.
Gen AI boleh bantu tukarkan laporan panjang kepada struktur slide yang lebih ringkas, tersusun dan mudah dibentangkan.
Apa yang Gen AI boleh bantu?
Anda boleh gunakan Gen AI untuk:
- Kenal pasti isi paling penting dalam laporan
- Pecahkan laporan kepada beberapa slide
- Cadangkan tajuk setiap slide
- Ringkaskan perenggan panjang
- Susun flow pembentangan
- Bezakan isi utama dengan isi sokongan
- Cadangkan data atau fakta yang patut ditonjolkan
- Cadangkan jenis visual yang sesuai
- Sediakan speaker notes
- Kurangkan slide yang terlalu padat dengan teks
Gen AI sangat membantu bila anda dah ada laporan, tetapi tak tahu apa yang patut masuk atau dibuang daripada slide.
Cara Guna Gen AI Untuk Tukar Laporan Jadi Slide
3 langkah untuk anda mula.
- Berikan laporan
Anda boleh:
- Upload fail
- Paste kandungan laporan
- Berikan bahagian tertentu sahaja
Kalau laporan sangat panjang, beritahu juga bahagian mana yang paling penting.
- Beritahu tujuan pembentangan
Slide untuk pembentangan kepada pengurusan mungkin berbeza dengan slide untuk latihan atau taklimat.
Nyatakan:
- Siapa audience
- Tujuan pembentangan
- Masa yang tersedia
- Jumlah slide yang anda mahu
Contohnya:
- Pembentangan 10 minit kepada pengurusan
- Maksimum 8 slide
- Fokus kepada dapatan dan tindakan
- Jangan masukkan terlalu banyak latar belakang
- Minta AI bina flow, bukan sekadar ringkaskan
Jangan hanya tulis:
“Ringkaskan laporan ini jadi slide.”
Lebih baik minta AI susunkan cerita pembentangan dari mula sampai akhir.
Free Prompt: Tukar Laporan Jadi Slide
Bertindak sebagai pembantu penyediaan slide pembentangan profesional.
Saya akan berikan satu laporan.
Tugas anda adalah menukarkan laporan tersebut kepada struktur slide yang ringkas, jelas dan mudah dibentangkan.
Maklumat pembentangan:
Audience:
[SIAPA YANG AKAN MELIHAT PEMBENTANGAN]
Tujuan:
[APA YANG ANDA MAHU AUDIENCE FAHAM / SETUJUI / LAKUKAN]
Tempoh pembentangan:
[CONTOH: 10 MINIT]
Jumlah slide:
[CONTOH: MAKSIMUM 8 SLIDE]
Fokus utama:
[CONTOH: DAPATAN, ISU DAN CADANGAN TINDAKAN]
Tugas anda:
1. Kenal pasti mesej utama daripada laporan.
2. Susun slide mengikut flow yang logik.
3. Berikan satu mesej utama bagi setiap slide.
4. Elakkan menyalin perenggan panjang daripada laporan.
5. Ringkaskan isi kepada point yang sesuai untuk pembentangan.
6. Utamakan fakta, data, keputusan dan insight yang penting.
7. Cadangkan visual yang sesuai jika relevan.
8. Jangan tambah fakta yang tidak terdapat dalam laporan.
9. Pastikan keseluruhan slide mempunyai kesinambungan dari awal hingga akhir.
Gunakan format berikut:
SLIDE 1
Tajuk:
Mesej utama:
Isi:
Visual yang dicadangkan:
SLIDE 2
Tajuk:
Mesej utama:
Isi:
Visual yang dicadangkan:
Teruskan sehingga jumlah slide yang ditetapkan.
Laporan:
[PASTE ATAU UPLOAD LAPORAN DI SINI]
Tips Supaya Slide Tak Jadi Terlalu Padat
Jangan cuba masukkan semua isi laporan ke dalam slide.
Tanya satu soalan:
“Apakah perkara yang audience mesti faham selepas melihat slide ini?”
Kalau sesuatu maklumat terlalu terperinci, anda boleh:
- Tinggalkan dalam laporan
- Masukkan dalam appendix
- Terangkan secara lisan
- Sediakan sebagai speaker notes
Slide sepatutnya membantu pembentangan, bukan menggantikan laporan.
Perkara Yang Perlu Disemak
Sebelum buat slide akhir, semak:
- Fakta
- Nombor
- Peratus
- Tajuk slide
- Susunan cerita
- Data yang ditonjolkan
- Cadangan visual
- Sama ada slide terlalu padat
- Sama ada mesej utama jelas
Gen AI boleh bantu mempercepatkan proses daripada laporan kepada struktur slide.
Tetapi anda masih perlu tentukan mesej apa yang paling penting untuk audience anda.
Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, saya tunjukkan Tools Gen AI beserta workflow + prompt lengkap untuk convert laporan jadi slides.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.
Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/


