Ramai orang sebenarnya dah ada isi untuk buat laporan.
Masalahnya, isi itu masih dalam bentuk nota kasar.
Ada yang ditulis dalam WhatsApp, ada dalam buku nota, ada dalam Google Keep, ada dalam bentuk bullet point, dan ada juga yang bercampur antara fakta, komen, tindakan dan rumusan.
Bila nak mula buat laporan, kerja jadi lambat sebab kena fikir semula:
- Mana satu isi utama
- Mana satu perlu masuk dalam laporan
- Macam mana nak susun ikut flow
- Macam mana nak tukar ayat pendek jadi ayat profesional
Di sinilah Gen AI boleh membantu.
Anda tak perlu bermula daripada dokumen kosong.
Anda boleh bermula dengan nota kasar yang anda dah ada, kemudian gunakan Gen AI untuk membantu menyusun, mengembangkan dan menukarkannya kepada draf laporan yang lebih kemas.
Apa yang Gen AI boleh bantu?
Anda boleh gunakan Gen AI untuk:
- Menyusun nota yang bercampur
- Mengasingkan fakta, isu, tindakan dan rumusan
- Menukar bullet point kepada ayat profesional
- Menyusun isi mengikut struktur laporan
- Membantu hasilkan tajuk dan subtopik
- Memendekkan ayat yang terlalu panjang
- Menjadikan gaya bahasa lebih formal
- Mengenal pasti maklumat yang masih belum lengkap
Cara Guna Gen AI Untuk Tukar Nota Kasar Jadi Laporan
Ini 3 langkah yang anda boleh mula.
- Kumpulkan semua nota terlebih dahulu
Tak perlu kemas sangat.
Masukkan sahaja semua maklumat yang anda ada seperti:
- Tarikh
- Lokasi
- Aktiviti
- Objektif
- Apa yang berlaku
- Isu yang ditemui
- Keputusan
- Tindakan susulan
- Nama pihak yang terlibat
- Nombor atau data penting
Gen AI boleh membantu menyusun semula maklumat tersebut.
- Beritahu jenis laporan yang anda mahu
Ini penting kerana format laporan boleh berbeza.
Contohnya:
- Laporan program
- Laporan aktiviti
- Laporan lawatan
- Laporan pemantauan
- Laporan tugasan
- Laporan projek
- Laporan prestasi
Lebih jelas anda terangkan jenis laporan, lebih mudah AI menyusun kandungan dengan struktur yang sesuai.
- Beritahu gaya penulisan
Kalau anda mahu laporan formal, nyatakan dengan jelas.
Anda juga boleh minta AI gunakan gaya seperti:
- Formal
- Profesional
- Ringkas
- Terus kepada fakta
- Sesuai untuk pengurusan
- Sesuai untuk organisasi kerajaan atau korporat
Free Prompt: Tukar Nota Kasar Jadi Laporan Profesional
Bertindak sebagai pembantu penulisan laporan profesional.
Saya akan berikan nota kasar berkaitan satu tugasan, aktiviti atau program.
Tugas anda:
1. Susun semua maklumat mengikut urutan yang logik.
2. Kenal pasti isi utama, fakta penting, isu dan tindakan susulan.
3. Tukarkan nota ringkas kepada ayat yang lengkap, formal dan profesional.
4. Jangan tambah fakta yang tidak dinyatakan dalam nota asal.
5. Jika terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tidak jelas, tandakan sebagai [PERLU SEMAKAN].
6. Elakkan ayat terlalu berbunga atau terlalu panjang.
7. Pastikan laporan mudah dibaca dan sesuai dihantar kepada pihak pengurusan.
Gunakan struktur berikut jika sesuai:
TAJUK LAPORAN
1. LATAR BELAKANG
2. OBJEKTIF
3. MAKLUMAT AKTIVITI / TUGASAN
4. PERKARA YANG DILAKSANAKAN
5. DAPATAN / PEMERHATIAN
6. ISU / CABARAN
7. TINDAKAN SUSULAN
8. RUMUSAN
Jika struktur di atas tidak sesuai dengan kandungan, cadangkan struktur yang lebih sesuai terlebih dahulu.
Berikut ialah nota kasar saya:
[PASTE NOTA KASAR DI SINI]
Tips Supaya Hasil Lebih Baik
Jangan terlalu risau kalau nota asal anda tidak tersusun.
Yang lebih penting, pastikan maklumat utama memang ada.
Selepas AI hasilkan draf, semak semula:
- Tarikh
- Nama
- Nombor
- Fakta
- Kronologi
- Keputusan
- Tindakan susulan
Jika ada format rasmi organisasi, anda juga boleh berikan contoh laporan lama kepada AI dan minta ia ikut struktur serta gaya tersebut.
Gen AI sangat berguna untuk mempercepatkan proses daripada nota kasar kepada draf laporan yang lebih tersusun.
Tetapi hasil akhir tetap perlu disemak sebelum dihantar, terutama jika laporan tersebut digunakan untuk tujuan rasmi.
Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, Saya Tunjuk Prompting Supaya Gen AI Hasilkan Laporan Sama Seperti Format Organisasi Anda.
Kalau anda nak lebih banyak prompt siap guna untuk tugasan pejabat seperti laporan, minit mesyuarat, email, proposal, analisis data dan penyediaan slide, saya dah susunkan semuanya dalam Panduan AI Kerja Pejabat. Anda boleh terus ikut contoh dan gunakan prompt yang disediakan mengikut tugasan sebenar di tempat kerja.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.
Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/


