Ramai orang bukan tak tahu apa nak tulis dalam email.
Masalahnya, kadang-kadang kita ambil masa terlalu lama untuk susun ayat supaya nampak profesional, sopan dan jelas.
Nak terlalu ringkas, takut nampak kasar.
Nak terlalu panjang, takut penerima tak baca.
Dengan Gen AI, anda boleh gunakan isi kasar yang anda dah ada dan minta AI bantu tukarkan kepada email yang lebih tersusun.
Apa yang Gen AI boleh bantu?
Anda boleh gunakan Gen AI untuk:
- Menulis draf email dengan lebih cepat
- Menukar ayat kasar kepada bahasa profesional
- Menjadikan email lebih ringkas dan jelas
- Menyesuaikan nada ikut penerima
- Menulis email follow-up
- Menulis email permohonan
- Menulis email makluman
- Menulis email peringatan
- Membalas email dengan lebih teratur
Gen AI sangat berguna jika anda sebenarnya dah tahu apa yang nak disampaikan, tetapi tak mahu buang terlalu banyak masa menyusun ayat.
Cara Guna Gen AI Untuk Tulis Email Kerja
3 langkah untuk anda mula.
- Beritahu tujuan email
Mulakan dengan tujuan yang jelas.
Contohnya:
- Nak follow-up dokumen
- Nak minta pengesahan
- Nak jemput seseorang ke mesyuarat
- Nak beri makluman
- Nak minta tindakan
- Nak jawab pertanyaan pelanggan
- Berikan isi penting
Tak perlu tulis ayat penuh.
Anda boleh beri dalam bentuk nota seperti:
- Penerima: Pengurus
- Tujuan: Follow-up laporan
- Laporan sepatutnya dihantar semalam
- Perlukan sebelum 3 petang hari ini
- Nada: Sopan, bukan mendesak sangat
Kemudian minta Gen AI tukarkan maklumat tersebut kepada email yang lengkap.
- Nyatakan nada yang anda mahu
Nada email sangat penting.
Anda boleh minta AI tulis dalam gaya:
- Formal
- Profesional
- Mesra tetapi profesional
- Tegas tetapi sopan
- Ringkas dan terus kepada perkara
- Sesuai untuk pihak pengurusan
- Sesuai untuk pelanggan
Free Prompt: Tulis Email Kerja Profesional
Bertindak sebagai pembantu komunikasi profesional.
Saya akan berikan maklumat asas berkaitan satu email kerja.
Tugas anda:
1. Tulis email yang ringkas, jelas dan profesional.
2. Pastikan tujuan email dapat difahami dengan cepat.
3. Gunakan nada yang sesuai dengan hubungan antara penghantar dan penerima.
4. Elakkan ayat terlalu berbunga, terlalu panjang atau kedengaran seperti ditulis oleh AI.
5. Susun kandungan mengikut turutan yang logik.
6. Jika terdapat tindakan yang perlu dilakukan oleh penerima, nyatakan dengan jelas.
7. Jangan tambah fakta yang tidak diberikan.
8. Cadangkan subject email yang sesuai.
Maklumat email:
Penerima:
[SIAPA PENERIMA]
Tujuan:
[APA TUJUAN EMAIL]
Isi penting:
[MASUKKAN POINT UTAMA]
Tindakan yang diperlukan:
[APA YANG ANDA MAHU PENERIMA LAKUKAN]
Nada:
[FORMAL / MESRA PROFESIONAL / TEGAS TETAPI SOPAN / LAIN-LAIN]
Tarikh akhir jika ada:
[MASUKKAN TARIKH]
Berdasarkan maklumat di atas, hasilkan satu email yang boleh terus saya semak dan gunakan.
Tips Supaya Email Tak Bunyi Macam AI
Walaupun AI boleh hasilkan email yang kemas, jangan terus copy paste tanpa baca.
Periksa sama ada ayat itu memang sesuai dengan cara anda biasa berkomunikasi.
Anda boleh minta AI:
- Pendekkan lagi email
- Jadikan lebih natural
- Buang ayat yang terlalu formal
- Jadikan lebih mesra
- Jadikan lebih tegas
- Sesuaikan untuk bos, rakan sekerja atau pelanggan
Kalau ada istilah dalaman organisasi atau gaya komunikasi tertentu, masukkan sekali dalam arahan.
Perkara Yang Perlu Disemak
Sebelum hantar, semak:
- Nama penerima
- Tarikh
- Masa
- Nama dokumen
- Nombor rujukan
- Tarikh akhir
- Lampiran
- Link
- Tindakan yang diminta
Gen AI boleh membantu mempercepatkan proses menulis email, tetapi anda masih bertanggungjawab memastikan kandungannya tepat dan sesuai dihantar.
Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, saya tunjuk prompting dan workflow untuk siapkan emel, surat rasmi dan memo dengan pantas.
Kalau anda nak lebih banyak prompt siap guna untuk tugasan pejabat seperti email, laporan, minit mesyuarat, proposal, analisis data dan penyediaan slide, saya dah susunkan semuanya dalam Panduan AI Kerja Pejabat. Anda boleh terus ikut contoh dan gunakan prompt yang disediakan mengikut tugasan sebenar di tempat kerja.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.
Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/


