Personal Coaching

Coaching Gen AI untuk Tugasan Sebenar Anda

Sesi online bersama saya untuk selesaikan kerja anda sendiri dengan Gen AI — bukan teori, tapi terus pada tugasan yang anda bawa.

  • 2 jam satu sesi
  • Online pautan dihantar selepas pengesahan
  • Maks 2 orang dari syarikat yang sama
  • RM500 satu sesi
Sesuai Untuk

Coaching ini untuk anda jika...

Ada tugasan spesifik

Anda nak selesaikan satu kerja sebenar — laporan, proposal, minit mesyuarat atau slide — dengan bantuan Gen AI.

Pasukan kecil

Anda dan seorang rakan sepasukan nak belajar bersama tanpa perlu anjurkan latihan penuh.

Dah cuba sendiri

Anda dah guna ChatGPT atau Gemini, tapi output masih tak seperti yang anda mahu.

Nak setup workflow

Anda nak bina cara kerja dengan AI yang boleh diguna berulang kali dalam unit anda.

Topik

Pilih tugasan yang anda nak fokus

Anda yang tentukan topik. Antara tugasan yang selalu dibawa ke sesi coaching:

  • Minit mesyuarat
  • Proposal / kertas cadangan
  • Surat rasmi, memo & email
  • SOP kerja
  • Analisa data & laporan
  • Dashboard
  • Slides pembentangan
  • Poster & infografik
  • Gemini Gems
  • Knowledge base & chatbot dalaman

Tugasan lain pun boleh — beritahu saya dalam borang tempahan.

Cara Ia Berjalan

4 langkah mudah

Isi borang tempahan

Beritahu tugasan atau topik yang anda nak fokus, dan tarikh serta masa pilihan.

Pengesahan slot

Saya hubungi anda melalui WhatsApp untuk sahkan slot dan urusan bayaran.

Sesi online 2 jam

Kita terus bekerja atas tugasan anda — demo, cuba sendiri dan tambah baik bersama.

Terus guna

Anda keluar dengan prompt dan langkah kerja yang boleh terus diguna untuk tugasan sebenar.

Tempahan

Book Slot Coaching

Isi borang ini dan mesej akan dihantar terus ke WhatsApp saya. Saya akan sahkan slot secepat mungkin.

  • 2 jam, online
  • Maksimum 2 orang dari syarikat yang sama
  • RM500 satu sesi
Bilangan Peserta * (pilih satu)
Topik * (pilih satu)

Maklumat anda tidak disimpan di website ini — ia hanya dimasukkan ke dalam mesej WhatsApp yang anda hantar sendiri.

FAQ

Soalan Lazim

Berapa orang boleh sertai satu sesi?

Maksimum 2 orang, dan kedua-duanya mesti dari syarikat atau organisasi yang sama. Yuran tetap RM500 untuk satu sesi, sama ada 1 atau 2 orang.

Kalau lebih daripada 2 orang?

Untuk 3 orang ke atas, saya cadangkan latihan in-house supaya seluruh pasukan dapat manfaat. Lihat senarai kursus latihan.

Sesi dibuat secara apa?

Sesi dibuat secara online. Pautan sesi akan dihantar selepas slot disahkan.

Perlu langgan tools AI berbayar?

Tidak semestinya. Kita guna tools yang anda sedia ada, termasuk versi percuma seperti Gemini dan ChatGPT.

Apa yang perlu saya sediakan?

Bawa tugasan atau dokumen sebenar yang anda nak siapkan (pastikan tiada maklumat sulit), laptop dan akaun AI yang anda guna.

Bagaimana cara bayaran?

Butiran bayaran akan dimaklumkan melalui WhatsApp semasa pengesahan slot.

Nak latih lebih ramai? Lihat kursus latihan in-house