Terma Penggunaan
Terma dan syarat penggunaan website aimanismail.my.
Kemas kini terakhir: 7 Oktober 2026
1. Pengenalan
Website aimanismail.my dikendalikan oleh MNH Digital ("kami"). Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan terma penggunaan di bawah. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan website ini.
2. Kandungan website
Kandungan di website ini, termasuk artikel, prompt, video, gambar dan bahan panduan, disediakan untuk tujuan maklumat dan pembelajaran sahaja. Kami berusaha memastikan maklumat adalah tepat, tetapi tidak memberi jaminan bahawa semua kandungan sentiasa lengkap atau terkini.
Output yang dihasilkan oleh tools Gen AI boleh mengandungi kesilapan. Anda bertanggungjawab menyemak setiap output sebelum digunakan untuk tujuan rasmi.
3. Hak cipta
Semua kandungan di website ini adalah hak milik MNH Digital melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakan prompt percuma dalam artikel blog untuk kerja anda sendiri. Anda tidak dibenarkan menyalin, menjual semula atau mengedarkan semula kandungan, video panduan atau bahan kursus tanpa kebenaran bertulis.
4. Pembelian panduan video
- Pembayaran diproses melalui OnPay. Kami tidak menyimpan maklumat kad atau perbankan anda.
- Akses kepada panduan dihantar melalui emel dan WhatsApp selepas pembayaran disahkan.
- Akses adalah untuk kegunaan individu pembeli sahaja dan tidak boleh dikongsi. Untuk akses berkumpulan, sila hubungi kami.
Polisi pemulangan wang
Panduan video ialah produk digital yang boleh diakses sebaik sahaja dihantar. Oleh itu, pembelian tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan selepas akses dihantar kepada anda.
Kami akan memulangkan bayaran penuh jika:
- anda tercaj lebih daripada sekali untuk pembelian yang sama; atau
- anda tidak menerima akses dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pembayaran, dan kami tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Untuk memohon, hubungi kami melalui emel atau WhatsApp dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayaran, bersama bukti pembayaran. Pemulangan yang diluluskan akan dibuat ke akaun asal dalam tempoh 14 hari bekerja.
5. Latihan in-house dan coaching
Butiran latihan in-house seperti tarikh, lokasi, yuran dan bilangan peserta, termasuk syarat pembatalan, adalah tertakluk kepada sebut harga dan persetujuan bertulis antara kami dan organisasi anda.
Untuk personal coaching:
- Slot hanya disahkan selepas bayaran diterima.
- Anda boleh menukar tarikh sesi tanpa caj jika memaklumkan kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum sesi.
- Jika pertukaran dimaklumkan kurang daripada 48 jam sebelum sesi, atau anda tidak hadir, sesi dikira telah digunakan dan bayaran tidak dipulangkan.
- Jika kami terpaksa membatalkan sesi, anda boleh memilih tarikh baharu atau pemulangan bayaran penuh.
6. Pautan luar
Website ini mungkin mengandungi pautan ke website pihak ketiga seperti OnPay, YouTube dan Facebook. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau amalan privasi website tersebut.
7. Privasi
Cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda diterangkan dalam Dasar Privasi.
8. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini.
9. Hubungi kami
MNH Digital
Emel: digital.aimanismail@gmail.com
WhatsApp: 019-910 4986