AI Smart Office MyGovUC
Leveraging MyGovUC For Productivity
Optimumkan Gemini dan Google Workspace yang sudah ada dalam akaun MyGovUC anda untuk siapkan 12 jenis tugasan kerja.
- Durasi 2 hari
- Masa 9:00 pagi – 5:00 petang
- Lokasi Atas persetujuan bersama
- Kaedah 80% praktikal
Pendahuluan
Penjawat awam kini sudah diberikan akaun MyGovUC yang lengkap dengan Google Workspace dan Gemini. Namun ramai yang belum menggunakannya sepenuhnya, malah masih mencari atau melanggan alat AI lain sedangkan kerajaan sudah menyediakannya.
Kursus "AI Smart Office: Leveraging MyGovUC For Productivity" ini direka khusus untuk menutup jurang tersebut. Semua latihan dibuat terus dalam akaun MyGovUC peserta: Gemini, Gmail, Docs, Sheets, Slides, Drive, Calendar, NotebookLM dan Vids, tanpa alat luar dan tanpa langganan tambahan.
Melalui pendekatan 80% praktikal, peserta mengaplikasikan setiap teknik pada tugasan sebenar semasa latihan: daripada menyemak emel melalui Gemini, menyiapkan minit mesyuarat dan kertas cadangan, hinggalah membina dashboard, slaid, poster dan video pendek.
Setiap aliran kerja yang berulang disimpan sebagai Skill dalam Gemini, supaya peserta boleh terus menggunakannya semula di pejabat selepas latihan.
Objektif Pembelajaran
- Memperkenalkan kemudahan Google AI yang tersedia dalam akaun MyGovUC dan cara menggunakannya dengan selamat dan beretika.
- Membina kemahiran memberi arahan (prompt) yang jelas kepada Gemini, secara teks atau suara.
- Menyambungkan Gemini dengan Gmail, Drive dan Calendar untuk mempercepatkan tugasan harian.
- Mengintegrasikan Gemini dalam penyediaan minit mesyuarat, kertas cadangan dan laporan.
- Menghasilkan dashboard, slaid, poster, infografik dan video pendek terus daripada Google Workspace.
Hasil Pembelajaran
Selesai dari sesi ini, peserta dapat:
- Menggunakan Gemini dalam MyGovUC dengan mindset betul dan mengenal pasti klasifikasi maklumat sebelum guna AI.
- Mencipta Skill About Me dan tugasan berjadual supaya Gemini kenal tugas peserta.
- Meringkaskan dan mengkategorikan emel serta menggunakan Gemini terus dalam Docs, Sheets dan Slides.
- Menyiapkan minit mesyuarat dan kertas cadangan mengikut format jabatan.
- Membina knowledge base, analisis data, dashboard, slaid, poster dan video PSA dengan Gemini.
Sasaran Peserta
- Penjawat awam yang mempunyai akaun MyGovUC.
- Pegawai pengurusan dan pentadbiran yang mengendalikan dokumen, mesyuarat dan laporan.
- Staf sokongan dan pembantu tadbir yang ingin mempercepatkan tugasan rutin.
- Pegawai teknologi maklumat yang ingin membantu jabatan memanfaatkan Google Workspace.
- Unit komunikasi korporat yang menghasilkan bahan visual dan hebahan.
Modul Pembelajaran
Modul 1: Pengenalan Gen AI & MyGovUC
- Apa itu Gen AI dan kemudahan Google AI dalam MyGovUC
- Mindset: AI sebagai junior staff, kita wajib verify
- Etika: AI Generate, Kita Verify
- Verification Framework: source, logic dan cross-check
- Klasifikasi maklumat sebelum guna AI
Modul 2: Setup AI Pembantu Kita
- 3 best practice prompting: Role, Context, Natural Communication
- Formula prompt universal RTCO dan fungsi Dictate & Voice
- Fungsi Canvas: tukar jawapan jadi Docs, Slides atau dashboard
- Cipta Skill About Me supaya Gemini kenal anda
- Sambung Gemini dengan Gmail, Drive dan Calendar
- Tugasan berjadual (Scheduled Actions): ringkasan pagi dan laporan mingguan
Modul 3: Gemini dalam Apps
- Satu ikon Tanya Gemini dalam Docs, Gmail, Sheets dan Slides
- Draf surat dan memo rasmi dalam Docs
- Ringkas dan kategorikan emel dalam Gmail
- Bina jadual pemantauan dalam Sheets
- Jana slaid ringkasan daripada dokumen Drive
Modul 4: Gen AI Untuk Brainstorming & Idea
- 4 cara Gen AI bantu ideasi
- Prompt mencipta, menilai dan menambah baik idea
- Prompt skrip pitching idea kepada pihak atasan
- Simpan aliran kerja sebagai Skill "Brainstorming Idea"
Modul 5: Gen AI Untuk Membuat Minit Mesyuarat
- Dari rakaman audio ke transkrip dengan NotebookLM
- Prompt minit mesyuarat format rasmi
- Ikut format minit jabatan sendiri
- Isi templat minit terus dengan Gemini dalam Google Docs
- Semakan wajib sebelum edaran
Modul 6: Gen AI Untuk Menyiapkan Kertas Cadangan
- Flow membina proposal dengan AI
- Prompt rangka seksyen dan write-up seksyen demi seksyen
- Prompt review dan finalize proposal
- Guna format proposal jabatan sendiri
- Simpan sebagai Skill "Kertas Cadangan"
Modul 7: Gen AI Untuk Knowledge Base & Internal Chatbot
- Knowledge base sebagai otak kedua organisasi
- Bina knowledge base jabatan dengan NotebookLM
- Kongsi sebagai internal chatbot kepada pasukan
- Jana video taklimat dengan Video Overview
Modul 8: Gen AI Untuk Analisis Data & Laporan
- Framework berfikir sebelum analisis
- Pengesahan data sebelum analisis
- 3 prompt analisis data dan prompt laporan rasmi
- Simpan sebagai Skill "Analisis Data & Laporan"
Modul 9: Gen AI Untuk Membuat Dashboard
- Dashboard sebagai alat membuat keputusan
- Prompt layout dan jana dashboard interaktif dalam Gemini Canvas
- Dashboard dengan Gemini dalam Google Sheets
- Tukar laporan PDF jadi poster gaya dashboard
Modul 10: Gen AI Untuk Membuat Slides
- Flow kerja AI untuk slaid
- Gemini, NotebookLM dan Gemini dalam Google Slides
- Buat content outline dahulu, kemudian jana slide deck
Modul 11: Gen AI Untuk Poster & Infografik
- Poster program dan variasinya
- Backdrop digital
- Infografik langkah, aliran dan statistik
- Carousel media sosial
Modul 12: Gen AI Untuk Membina Video PSA 30 Saat
- Minta Gemini cadangkan idea video
- Prompt induk untuk 3 babak × 10 saat
- Bina dan gabung babak dalam Google Vids
Kaedah Pembelajaran
- 80% praktikal. 20% teori.
- Semua latihan dalam akaun MyGovUC peserta sendiri.
- Sesi demo langkah demi langkah.
- Sesi praktikal dan review.
Tentatif Program
Hari 1
| Masa | Modul / Aktiviti |
|---|---|
| 09:00 - 10:30 | Modul 1 & 2: Pengenalan Gen AI & MyGovUC, Setup AI Pembantu |
| 10:30 - 10:45 | Rehat |
| 10:45 - 13:00 | Modul 3 & 4: Gemini dalam Apps, Brainstorming & Idea |
| 13:00 - 14:00 | Makan Tengah Hari |
| 14:00 - 15:30 | Modul 5: Minit Mesyuarat |
| 15:30 - 17:00 | Modul 6: Kertas Cadangan |
Hari 2
| Masa | Modul / Aktiviti |
|---|---|
| 09:00 - 10:30 | Modul 7: Knowledge Base & Internal Chatbot |
| 10:30 - 10:45 | Rehat |
| 10:45 - 13:00 | Modul 8 & 9: Analisis Data, Laporan & Dashboard |
| 13:00 - 14:00 | Makan Tengah Hari |
| 14:00 - 15:30 | Modul 10 & 11: Slides, Poster & Infografik |
| 15:30 - 17:00 | Modul 12: Video PSA 30 Saat |
Lebih daripada sesi latihan
Slides dan prompt boleh dirujuk pada bila-bila masa selepas latihan.
Aliran kerja yang dibina semasa latihan kekal dalam akaun MyGovUC peserta.
Peserta boleh bertanya apa sahaja kepada trainer dalam group WhatsApp.
Dapatkan Cadangan & Sebut Harga
Isi borang ini untuk kursus “AI Smart Office MyGovUC”. Mesej akan dihantar terus ke WhatsApp saya, dan saya akan respon secepat mungkin.
- Kursus boleh disesuaikan ikut skop kerja jabatan
- Tarikh dan lokasi atas persetujuan bersama
- Penyedia latihan berdaftar HRD Corp & MOF (patuh TCC)