8 Jenis Tugasan Kerja Pejabat Yang Boleh Dibantu Gen AI + Free Prompt

Ramai orang dah mula guna ChatGPT, Gemini, Claude dan pelbagai lagi Gen AI.

Tapi masih ramai yang guna untuk benda asas sahaja.

Tanya soalan. Minta idea. Minta tulis ayat.

Sebenarnya, untuk kerja pejabat, Gen AI boleh bantu jauh lebih banyak daripada itu.

Ia boleh bantu anda menulis, menyusun, meringkaskan, menganalisis dan menyediakan draf kerja dengan lebih cepat.

Sebelum masuk kepada use case, ada satu perkara asas yang penting.

3 Teknik Prompting Yang Patut Anda Tahu

Kualiti output Gen AI banyak bergantung kepada cara anda beri arahan.

Tiga teknik yang sangat berguna ialah:

  • Prompting By Formula
  • Prompting By Reference
  • Prompting By Refinement

Prompting By Formula sesuai bila anda mahu AI faham peranan, tugasan, konteks dan format output.

Prompting By Reference pula berguna bila anda dah ada contoh dokumen atau gaya yang mahu diikuti.

Prompting By Refinement sesuai bila output pertama dah hampir betul dan anda cuma mahu kemaskan.

Saya dah sediakan penerangan penuh dan prompt untuk ketiga-tiga teknik ini.

1. Buat Minit Mesyuarat

Selepas mesyuarat, biasanya kita kena semak nota, cari keputusan penting dan susun tindakan susulan.

Gen AI boleh bantu:

  • Susun nota mesyuarat
  • Kenal pasti keputusan
  • Senaraikan tindakan
  • Kenal pasti pegawai bertanggungjawab
  • Tukar ayat kasar kepada bahasa formal

Kalau anda selalu ambil masa lama untuk siapkan minit mesyuarat, saya dah sediakan satu prompt lengkap yang boleh terus digunakan.

2. Tukar Nota Kasar Jadi Laporan

Kadang-kadang isi dah ada, tapi masih berselerak.

Ada dalam WhatsApp, buku nota, Google Keep atau bullet point.

Gen AI boleh bantu:

  • Susun nota
  • Tukar bullet point kepada ayat
  • Bina struktur laporan
  • Bezakan fakta, isu dan tindakan
  • Jadikan bahasa lebih profesional

Kalau anda selalu bermula dengan nota kasar, artikel ini tunjuk cara tukarkannya menjadi draf laporan yang lebih tersusun.

3. Tulis Email Kerja

Ramai orang sebenarnya tahu apa nak cakap.

Masalahnya, ambil masa nak susun ayat supaya nampak profesional dan tidak terlalu kasar.

Gen AI boleh bantu:

  • Tulis email follow-up
  • Tulis email permohonan
  • Tulis reminder
  • Tulis makluman
  • Kemaskan nada email

Saya dah sediakan prompt yang boleh digunakan untuk hasilkan email berdasarkan tujuan, penerima dan nada yang anda mahu.

4. Buat Kertas Cadangan

Ada idea yang bagus, tapi bila nak tukar kepada kertas cadangan, terus jadi lambat.

Gen AI boleh bantu susun:

  • Latar belakang
  • Objektif
  • Justifikasi
  • Sasaran
  • Pelaksanaan
  • Anggaran kos
  • Impak
  • Penutup

Kalau anda dah ada idea tetapi belum tahu cara nak susun menjadi dokumen formal, artikel ini boleh bantu.

5. Ringkaskan Dokumen Panjang

Kadang-kadang kita tak perlukan semua isi dokumen.

Kita cuma nak tahu perkara penting.

Gen AI boleh bantu:

  • Ringkaskan isi utama
  • Cari keputusan penting
  • Senaraikan tindakan
  • Cari deadline
  • Kenal pasti risiko
  • Kenal pasti perkara yang perlukan perhatian

Kalau anda selalu kena baca laporan, polisi, proposal atau dokumen panjang, gunakan prompt yang saya sediakan dalam artikel ini.

6. Bina SOP

Kalau proses kerja dah wujud tetapi belum didokumenkan dengan baik, Gen AI boleh bantu tukarkan proses tersebut kepada draf SOP.

Ia boleh bantu:

  • Susun proses langkah demi langkah
  • Bezakan peranan
  • Bina checklist
  • Kenal pasti titik semakan
  • Susun input dan output

Artikel ini sesuai kalau proses kerja masih banyak bergantung kepada pengalaman staf atau penerangan secara lisan.

7. Analisis Data Excel

Gen AI juga boleh bantu anda faham data dengan lebih cepat.

Antara perkara yang boleh dibantu:

  • Kenal pasti trend
  • Bandingkan prestasi
  • Cari nilai luar biasa
  • Cari pola
  • Ringkaskan dapatan
  • Cadangkan insight
  • Cadangkan chart

Kalau anda ada fail Excel tetapi tak pasti apa yang patut dianalisis, artikel ini tunjuk cara beri arahan yang lebih jelas kepada AI.

8. Tukar Laporan Jadi Slide

Salah satu kesilapan biasa ialah copy paste isi laporan terus ke PowerPoint.

Akhirnya slide jadi terlalu padat.

Gen AI boleh bantu:

  • Kenal pasti mesej utama
  • Bina flow pembentangan
  • Ringkaskan isi
  • Pecahkan isi kepada slide
  • Cadangkan visual
  • Sediakan speaker notes

Kalau anda dah ada laporan dan nak tukarkannya kepada slide yang lebih mudah dibentangkan, artikel ini boleh jadi panduan.

Perkara Penting Sebelum Guna Hasil Gen AI

Gen AI boleh percepatkan kerja.

Tapi jangan terus copy paste dan gunakan tanpa semakan.

Sebelum hantar, bentang atau jadikan dokumen rasmi, semak:

  • Fakta
  • Nama
  • Tarikh
  • Nombor
  • Keputusan
  • Nada bahasa
  • Polisi organisasi
  • Maklumat sulit
  • Kesimpulan yang dibuat oleh AI

Gen AI boleh bantu menyediakan draf.

Tanggungjawab akhir tetap pada anda.

Mulakan Dengan Satu Tugasan Dulu

Tak perlu cuba semua benda sekaligus.

Pilih satu tugasan yang anda selalu buat.

Contohnya:

  • Email
  • Laporan
  • Minit mesyuarat
  • Kertas cadangan
  • SOP
  • Analisis data
  • Slide

Cuba gunakan Gen AI pada tugasan itu beberapa kali.

Bila dah biasa, barulah tambah use case lain.

Kalau anda nak lebih banyak prompt siap guna untuk tugasan pejabat seperti minit mesyuarat, laporan, email, kertas cadangan, SOP, analisis data dan penyediaan slide, saya dah susunkan semuanya dalam Panduan AI Kerja Pejabat.

Anda tak perlu fikir prompt dari kosong setiap kali nak buat kerja. Pilih tugasan yang anda nak siapkan, ikut contoh dan gunakan prompt yang telah disediakan.

Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, saya tunjuk step by step untuk siapkan 12 jenis tugasan anda dengan lebih cepat & mudah.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.

Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/

atau klik butang di bawah.

Picture of Aiman Ismail
Aiman Ismail

Accredited HRD Corp Trainer yang fokus kepada latihan Gen AI untuk menaikkan produktiviti kerja pejabat anda. Share artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *