Ramai orang guna Gen AI dengan arahan yang terlalu ringkas.
Contohnya:
“Buat email.”
“Buat laporan.”
“Buat proposal.”
Masalahnya, bila arahan terlalu umum, jawapan yang keluar pun biasanya umum.
Kalau anda nak hasil yang lebih tepat, lebih relevan dan lebih dekat dengan apa yang anda perlukan, anda perlu beri arahan dengan cara yang lebih jelas.
Berikut ialah 3 teknik prompting yang praktikal untuk kerja pejabat.
Teknik 1: Prompting By Formula
Teknik pertama ialah susun prompt menggunakan formula tertentu.
Cara paling mudah, masukkan 4 elemen:
- Peranan
- Tugasan
- Konteks
- Format output
Contohnya, berbanding tulis:
“Buat email follow-up.”
Lebih baik anda terangkan siapa AI perlu jadi, apa tugasan, apa situasi sebenar dan bagaimana hasil akhir perlu disusun.
Free Prompt: Prompting By Formula
Bertindak sebagai [PERANAN YANG SESUAI].
Tugas anda:
[TERANGKAN APA YANG ANDA MAHU AI BUAT]
Konteks:
[BERIKAN LATAR BELAKANG, SITUASI, MASALAH ATAU MAKLUMAT PENTING]
Pembaca / Sasaran:
[SIAPA YANG AKAN MEMBACA ATAU MENGGUNAKAN HASIL INI]
Format output:
[EMAIL / LAPORAN / BULLET POINT / JADUAL / PROPOSAL / LAIN-LAIN]
Gaya bahasa:
[FORMAL / PROFESIONAL / RINGKAS / MESRA PROFESIONAL / LAIN-LAIN]
Keperluan tambahan:
- [KEPERLUAN 1]
- [KEPERLUAN 2]
- [KEPERLUAN 3]
Jangan tambah fakta yang tidak saya berikan.
Jika terdapat maklumat yang tidak cukup, tandakan sebagai [PERLU MAKLUMAT].
Teknik ini sesuai bila anda bermula dari kosong dan mahu AI faham tugasan dengan lebih tepat.
Teknik 2: Prompting By Reference
Kadang-kadang susah nak terangkan gaya yang kita mahu.
Cara paling mudah, berikan contoh.
Contohnya:
- Contoh email lama
- Contoh laporan
- Contoh proposal
- Contoh minit mesyuarat
- Contoh format organisasi
- Contoh gaya penulisan yang anda suka
Kemudian minta AI hasilkan dokumen baru dengan merujuk kepada contoh tersebut.
Ini sangat berguna kalau organisasi anda memang dah ada format atau gaya tertentu.
Free Prompt: Prompting By Reference
Saya akan berikan satu dokumen contoh sebagai reference.
Tugas anda adalah menghasilkan [JENIS DOKUMEN] baru berdasarkan maklumat yang saya berikan.
Gunakan dokumen reference untuk memahami:
- Struktur
- Susunan kandungan
- Gaya bahasa
- Tahap formaliti
- Panjang penulisan
- Cara tajuk dan subtopik disusun
- Format keseluruhan
Penting:
1. Jangan salin kandungan atau fakta daripada dokumen reference.
2. Gunakan reference hanya sebagai panduan gaya, struktur dan format.
3. Semua fakta dalam dokumen baru mesti datang daripada maklumat yang saya berikan.
4. Jika maklumat tidak mencukupi, tandakan sebagai [PERLU MAKLUMAT].
5. Kekalkan struktur yang sesuai dengan reference selagi relevan.
Dokumen reference:
[PASTE ATAU UPLOAD DOKUMEN CONTOH]
Maklumat untuk dokumen baru:
[MASUKKAN MAKLUMAT]
Sekarang hasilkan [JENIS DOKUMEN] baru dengan struktur dan gaya yang konsisten dengan reference tersebut.
Teknik ini sangat berguna bila anda tak mahu AI hasilkan sesuatu yang terlalu generik.
Daripada menerangkan semuanya dari awal, tunjuk sahaja contoh yang anda mahu.
Teknik 3: Prompting By Refinement
Ramai orang buat satu kesilapan.
Bila output pertama AI tak cukup baik, mereka terus mula prompt baru dari awal.
Sebenarnya tak perlu.
Kalau hasil pertama dah hampir betul, anda boleh refine sahaja.
Contohnya:
- Pendekkan
- Jadikan lebih profesional
- Jadikan lebih natural
- Buang ayat berbunga
- Susun semula
- Jadikan lebih tegas
- Jadikan lebih mudah difahami
AI dah mempunyai konteks daripada arahan sebelum ini, jadi anda hanya perlu beritahu apa yang perlu diperbaiki.
Free Prompt: Prompting By Refinement
Semak semula draf yang anda hasilkan sebelum ini.
Saya mahu anda refine draf tersebut berdasarkan arahan berikut:
Matlamat:
[TERANGKAN APA YANG NAK DIPERBAIKI]
Contoh:
- Lebih ringkas
- Lebih profesional
- Lebih mudah difahami
- Lebih tegas tetapi sopan
- Lebih sesuai untuk pihak pengurusan
- Kurangkan ayat berbunga
- Buang pengulangan
- Jadikan lebih natural
Semasa refine:
1. Kekalkan fakta dan maksud asal.
2. Jangan tambah maklumat baru yang saya tidak berikan.
3. Buang pengulangan dan ayat yang tidak perlu.
4. Perbaiki susunan supaya lebih jelas.
5. Sesuaikan gaya bahasa dengan pembaca sasaran.
6. Kekalkan maklumat penting walaupun ayat dipendekkan.
Pembaca sasaran:
[SIAPA YANG AKAN MEMBACA]
Format akhir:
[EMAIL / LAPORAN / BULLET POINT / PERENGGAN / LAIN-LAIN]
Selepas refine, terus berikan versi akhir tanpa menerangkan proses suntingan.
Bila Nak Guna Teknik Mana?
Gunakan Prompting By Formula bila:
- Anda bermula dari kosong
- Tugasan agak kompleks
- Anda mahu output lebih tersusun
- Anda mahu AI faham konteks dengan jelas
Gunakan Prompting By Reference bila:
- Anda dah ada contoh
- Organisasi ada format tertentu
- Anda mahu gaya yang konsisten
- Anda mahu AI ikut struktur sedia ada
Gunakan Prompting By Refinement bila:
- Output pertama dah hampir betul
- Anda cuma nak kemaskan
- Anda nak ubah tone
- Anda nak pendekkan atau susun semula
- Anda tak mahu mula semula dari awal
Dalam banyak situasi, anda boleh guna ketiga-tiga teknik ini sekali.
Mulakan dengan Formula.
Kemudian beri Reference.
Akhir sekali, refine sampai hasil lebih sesuai digunakan.
Prompt yang baik bukan semestinya panjang.
Yang penting, arahan itu cukup jelas untuk AI faham apa yang anda mahu.
Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, saya tunjuk cara SHORTCUT untuk anda bina prompt walaupun anda tidak mahir prompting.
Kalau anda nak lebih banyak prompt siap guna untuk tugasan pejabat seperti email, laporan, minit mesyuarat, proposal, analisis data dan penyediaan slide, saya dah susunkan semuanya dalam Panduan AI Kerja Pejabat. Anda boleh terus ikut contoh dan gunakan prompt yang disediakan mengikut tugasan sebenar di tempat kerja.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.
Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/


