Cara Buat SOP Dengan Gen AI + Free Prompt

SOP biasanya nampak macam kerja besar.

Kena fikir proses dari mula sampai habis, siapa bertanggungjawab, apa dokumen yang terlibat, apa risiko, dan apa tindakan jika berlaku masalah.

Sebenarnya, kalau anda dah tahu proses kerja tersebut, Gen AI boleh bantu tukarkan pengetahuan itu kepada draf SOP yang lebih tersusun.

Anda tak perlu bermula dengan dokumen kosong.

Apa yang Gen AI boleh bantu?

Anda boleh gunakan Gen AI untuk:

  • Susun proses kerja langkah demi langkah
  • Kenal pasti peranan dan tanggungjawab
  • Pecahkan proses kepada fasa
  • Susun input, proses dan output
  • Bina checklist
  • Kenal pasti titik kawalan
  • Kemaskan bahasa SOP
  • Jadikan prosedur lebih konsisten
  • Kenal pasti bahagian yang masih belum jelas

Gen AI paling berguna bila proses itu memang sudah wujud, tetapi masih berada dalam kepala staf atau hanya diamalkan secara tidak formal.

Cara Guna Gen AI Untuk Buat SOP

3 langkah untuk anda mula.

  1. Terangkan proses sebenar

Mulakan dengan apa yang memang berlaku sekarang.

Contohnya:

  • Apa yang mencetuskan proses
  • Siapa yang mula
  • Langkah pertama
  • Siapa yang semak
  • Siapa yang lulus
  • Dokumen apa digunakan
  • Sistem apa digunakan
  • Apa hasil akhir

Tak perlu tulis cantik.

Beri sahaja dalam bentuk nota kasar.

  1. Beritahu siapa yang terlibat

Nyatakan jawatan atau unit.

Contohnya:

  • Pegawai Pentadbiran
  • Penyelia
  • Ketua Jabatan
  • Unit Kewangan
  • Pemohon

Ini penting supaya AI boleh bezakan tanggungjawab setiap pihak.

  1. Nyatakan struktur SOP

Kalau organisasi dah ada format SOP, gunakan format tersebut.

Kalau belum ada, anda boleh gunakan struktur asas seperti:

  • Tujuan
  • Skop
  • Tanggungjawab
  • Prosedur
  • Dokumen berkaitan
  • Rekod
  • Risiko atau perkara penting

Free Prompt: Bina Draf SOP

Bertindak sebagai pembantu dokumentasi proses kerja.

Saya akan berikan satu proses kerja yang sedang digunakan dalam organisasi.

Tugas anda:

1. Susun proses tersebut menjadi SOP yang jelas dan mudah diikuti.
2. Pecahkan proses kepada langkah yang logik.
3. Nyatakan pihak yang bertanggungjawab bagi setiap langkah.
4. Nyatakan input, tindakan dan output jika sesuai.
5. Jangan tambah proses, polisi atau fakta yang saya tidak berikan.
6. Jika terdapat langkah yang tidak jelas, tandakan sebagai [PERLU SEMAKAN].
7. Gunakan bahasa formal, ringkas dan terus kepada tindakan.
8. Elakkan ayat terlalu panjang atau umum.

Gunakan struktur berikut:

TAJUK SOP

1. TUJUAN

2. SKOP

3. PIHAK BERTANGGUNGJAWAB

4. DOKUMEN / SISTEM BERKAITAN

5. PROSEDUR KERJA

Langkah 1:
Tindakan:
Pegawai Bertanggungjawab:
Output:

Langkah 2:
Tindakan:
Pegawai Bertanggungjawab:
Output:

6. TITIK SEMAKAN / KAWALAN

7. REKOD YANG PERLU DISIMPAN

8. PERKARA YANG MEMERLUKAN PERHATIAN

Maklumat proses kerja:

Nama proses:
[MASUKKAN NAMA PROSES]

Tujuan:
[MASUKKAN TUJUAN]

Pihak terlibat:
[SENARAIKAN PIHAK]

Proses semasa:
[TERANGKAN LANGKAH KERJA SEBENAR]

Dokumen / sistem terlibat:
[MASUKKAN JIKA ADA]

Hasil akhir:
[MASUKKAN OUTPUT]

Berdasarkan maklumat di atas, hasilkan draf SOP yang lengkap dan tersusun.

Tips Supaya SOP Lebih Praktikal

Jangan minta AI cipta SOP sepenuhnya dari kosong.

Lebih baik beri proses sebenar yang staf memang buat.

Kemudian gunakan AI untuk:

  • Susun
  • Kemaskan
  • Cari gap
  • Mudahkan bahasa
  • Pecahkan kepada langkah

Kalau tidak, SOP mungkin nampak cantik atas kertas tetapi tidak sama dengan operasi sebenar.

Perkara Yang Perlu Disemak

Sebelum SOP digunakan, semak:

  • Urutan proses
  • Pegawai bertanggungjawab
  • Had kuasa
  • Polisi dalaman
  • Nama sistem
  • Nama borang
  • Tempoh masa
  • Keperluan kelulusan
  • Risiko
  • Compliance

SOP ialah dokumen operasi.

Jadi hasil Gen AI tetap perlu disahkan oleh orang yang benar-benar memahami proses tersebut.

Dalam Panduan Gen AI Kerja Pejabat, saya tunjuk workflow + prompt lengkap untuk Bina, Review & Audit SOP yang tersusun.

Kalau anda nak lebih banyak prompt siap guna untuk tugasan pejabat seperti email, laporan, minit mesyuarat, proposal, analisis data dan penyediaan slide, saya dah susunkan semuanya dalam Panduan AI Kerja Pejabat. Anda boleh terus ikut contoh dan gunakan prompt yang disediakan mengikut tugasan sebenar di tempat kerja.

Panduan Gen AI Kerja Pejabat adalah video panduan praktikal yang bantu anda siapkan 12 jenis tugasan dengan mudah dan cepat. Kami tunjuk prompt, demo dan semua ini guna Tools AI percuma sahaja.

Klik di sini > https://aimanismail.my/pakp/

Picture of Aiman Ismail
Aiman Ismail

Accredited HRD Corp Trainer yang fokus kepada latihan Gen AI untuk menaikkan produktiviti kerja pejabat anda. Share artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *