Gemini, ChatGPT Atau Copilot Untuk Minit Mesyuarat? Ini Yang Saya Dapati

Gemini, ChatGPT Atau Copilot Untuk Minit Mesyuarat? Ini Yang Saya Dapati

Soalan yang selalu saya terima: "Untuk buat minit mesyuarat, mana paling bagus? Gemini, ChatGPT atau Copilot?"

Dalam panduan minit mesyuarat saya, saya tunjukkan prompt yang sama dalam ketiga-tiga tools ini, menggunakan transkrip mesyuarat yang sama. Ini yang saya dapati.

Dapatan Utama: Prompt Lebih Penting Daripada Tools

Ketiga-tiga tools boleh hasilkan ringkasan eksekutif, senarai action item, keputusan dan minit berformat daripada satu transkrip.

Yang menentukan kualiti hasil ialah arahan yang anda beri. Tools AI tidak akan berfungsi dengan baik kalau arahan tidak jelas.

Sebab itu setiap prompt saya ada 3 peraturan asas:

  • Guna transkrip sahaja
  • Jangan reka maklumat
  • Tandakan [TIDAK DINYATAKAN] bila maklumat tiada

Gemini: Sesuai Kalau Anda Guna Google

  • Boleh ambil transkrip terus dari Google Drive, tanpa perlu download dan upload
  • Fungsi Canvas: hasil boleh dieksport terus ke Google Docs
  • Boleh bantu draf emel susulan bila disambungkan dengan Google Workspace

ChatGPT: Fleksibel Dengan Connector

  • Boleh muat naik transkrip seperti biasa
  • Versi berbayar boleh sambung dengan Google Drive
  • Bila disambungkan dengan Gmail, draf emel susulan boleh terus disediakan

Copilot: Sesuai Kalau Organisasi Guna Microsoft

  • Boleh muat naik fail atau ambil terus dari OneDrive
  • Sesuai untuk organisasi yang sudah guna Microsoft 365

Satu Lagi Dapatan: Ada Lebih Daripada Satu Akaun Itu Berbaloi

Semasa rakaman, Gemini saya tiba-tiba keluar "something went wrong". Saya terus sambung guna tools lain.

Bila anda biasa dengan lebih daripada satu tools, kerja tidak tergendala. Kalau organisasi anda sudah sediakan tools AI premium, guna yang itu dahulu.

Contoh Hasil Sebenar

Daripada satu transkrip mesyuarat, Gemini sediakan ringkasan eksekutif dan ChatGPT sediakan jadual action item.

Transkrip Jadi Ringkasan Eksekutif & Action Item

Klip daripada Panduan Gen AI Mastery: Minit Mesyuarat, Modul 4.

Free Prompt: Uji Sendiri Dalam Tools Anda

Guna prompt yang sama dalam tools pilihan anda dan bandingkan hasilnya.

Prompt
Berdasarkan transkrip mesyuarat yang dimuat naik, sediakan ringkasan eksekutif dalam 5 poin dan senarai action item dalam bentuk jadual: perkara, pihak bertanggungjawab dan tarikh akhir.

Guna transkrip sahaja. Jangan reka maklumat. Jika maklumat tiada, tandakan [TIDAK DINYATAKAN].

Jadi, Mana Satu Patut Anda Guna?

  • Organisasi guna Google Workspace: mula dengan Gemini
  • Organisasi guna Microsoft 365: mula dengan Copilot
  • Nak satu tools yang fleksibel untuk pelbagai kerja: ChatGPT

Paling penting, ikut polisi organisasi dan guna akaun rasmi jika ada.

Dalam Panduan Gen AI Mastery: Minit Mesyuarat, Saya Kongsikan 10 Prompt Sedia Guna Yang Boleh Digunakan Dalam Gemini, ChatGPT Dan Copilot.

Daripada rakam mesyuarat dan dapatkan transkrip, hasilkan 10 jenis output, sampailah isi template minit organisasi dan semak hasil AI. Semuanya langkah demi langkah dalam 6 modul video, dan boleh guna tools AI percuma.

Tn. Mohd. Aiman Ismail
Ditulis oleh Aiman Ismail

Accredited HRDC Trainer. Saya tunjuk shortcut guna Gen AI untuk naikkan produktiviti di tempat kerja.

Kenali saya