Minit Mesyuarat Dulu 2 Jam. Sekarang 15 Minit. Ini 5 Prompt Yang Saya Guna
Minit mesyuarat dulu ambil masa 2 jam. Sekarang 15 minit.
Bezanya bukan sebab saya menaip lebih laju. Bezanya ialah cara saya guna AI untuk susun, format dan semak minit.
Ini 5 prompt yang saya guna.
Cara Guna
Buka ChatGPT, Gemini atau Copilot. Tampal nota mesyuarat anda bersama Prompt #1, kemudian teruskan dengan Prompt #2 hingga #5 dalam chat yang sama. Ini supaya AI ingat semua maklumat dari awal.
Prompt #1: Susun Nota Mentah
Nota mesyuarat biasanya berselerak. Langkah pertama, susun dulu ikut agenda.
Ini nota mesyuarat saya yang belum tersusun. Susun ikut agenda, asingkan perkara yang dibincang, keputusan, dan tindakan susulan. Jangan tambah maklumat yang tiada dalam nota.
[TAMPAL NOTA MESYUARAT DI SINI]Prompt #2: Format Rasmi
Bila isi dah tersusun, tukar kepada format minit rasmi.
Tulis semula dalam format minit mesyuarat rasmi: tajuk, tarikh, masa, tempat, kehadiran, perkara, keputusan, tindakan. Guna Bahasa Melayu rasmi.Prompt #3: Jadual Tindakan
Semua orang nak tahu satu perkara selepas mesyuarat: siapa buat apa, dan bila.
Senaraikan semua tindakan susulan dalam bentuk jadual: perkara, pegawai bertanggungjawab, dan tarikh akhir.Prompt #4: Semak Silang
Langkah ini menangkap perkara yang kabur sebelum minit diedarkan.
Semak minit ini. Ada keputusan atau tindakan yang tak jelas siapa bertanggungjawab? Senaraikan untuk saya sahkan.Prompt #5: Ringkasan Untuk Bos
Bos tak sempat baca minit penuh. Hantar ringkasan dulu.
Ringkaskan mesyuarat ini dalam 5 poin untuk dihantar kepada ketua jabatan melalui WhatsApp.Contoh Hasil Sebenar
Ini klip pendek daripada panduan saya. Daripada satu transkrip mesyuarat, Gemini sediakan ringkasan eksekutif dan ChatGPT sediakan jadual action item.
Transkrip Jadi Ringkasan Eksekutif & Action Item
3 Perkara Sebelum Guna Prompt
- Jangan masukkan maklumat sulit organisasi tanpa kebenaran
- Semak semula nama, jawatan, keputusan, tarikh dan angka
- Hasil AI ialah draf. Anda tetap perlu semak sebelum minit diedarkan
Ni Baru Daripada Nota. Bayangkan Kalau Anda Ada Rakaman Dan Transkrip Penuh.
Dalam Panduan Gen AI Mastery: Minit Mesyuarat, saya tunjuk cara rakam mesyuarat terus dari telefon, dapatkan transkrip, guna 10 prompt sedia guna untuk 10 jenis output, sampailah isi template minit organisasi dan semak hasil AI. Semuanya langkah demi langkah dalam 6 modul video, dan boleh guna tools AI percuma.