80% Praktikal
Saya tunjuk demo, kemudian peserta terus buat sendiri di laptop masing-masing.
Saya datang ke organisasi anda dan latih staf guna Gen AI untuk tugasan sebenar mereka: minit mesyuarat, laporan, surat, slides dan dashboard. 80% praktikal, jadi mereka keluar dewan dengan kerja yang dah siap, bukan sekadar nota.
Antara organisasi yang pernah saya latih
Kalau beberapa perkara ini berlaku di jabatan anda, latihan in-house boleh bantu.
Ada yang dah guna, ada yang belum mula. Tiada cara kerja yang sama, jadi hasilnya pun tak konsisten.
Staf tak pasti maklumat apa yang selamat dimasukkan ke AI, jadi ada yang terus elak guna langsung.
Minit mesyuarat, laporan, surat dan slides siap lambat, walhal boleh dipercepatkan dengan Gen AI.
Teori banyak, tapi bila balik ke meja kerja, staf tak tahu nak mula dari mana.
Pengurusan mahu latihan yang ada kesan pada kerja harian, bukan sekadar cukup jam kursus.
Ini bukan kelas terbuka. Setiap sesi saya susun berdasarkan tugasan dan dokumen yang staf anda buat setiap hari.
Saya tunjuk demo, kemudian peserta terus buat sendiri di laptop masing-masing.
Pilih satu modul, gabungkan beberapa modul, atau minta saya susun ikut keperluan jabatan.
Penyedia latihan berdaftar HRD Corp dan MOF (patuh TCC), jadi urusan perolehan lebih mudah.
Group WhatsApp dan video tutorial supaya peserta boleh ulang kaji bila mula guna di pejabat.
Setiap modul 1 hingga 2 hari. Klik untuk lihat objektif, kurikulum penuh dan jadual tentatif.
Boosting Workplace Productivity
Bantu anda guna Gen AI untuk siapkan 12 jenis tugasan kerja.
Lihat butiranCorporate Content Creation Workflow
Bantu anda guna Gen AI untuk menyiapkan content yang berkualiti.
Lihat butiranGenerating Minutes Faster & Better
Bantu anda guna Gen AI untuk siapkan minit mesyuarat, laporan dan slides.
Lihat butiranPresentation, Reporting & Education
Bantu anda guna Gen AI untuk siapkan slides pembentangan.
Lihat butiranGenerate Impactful Poster & Infographic
Bantu anda guna Gen AI untuk hasilkan poster dan infografik yang berimpak tinggi.
Lihat butiranAnalyzing Data, Reporting, Slides & Dashboard
Bantu anda guna Gen AI untuk menganalisa data, laporan analisa dan dashboard.
Lihat butiranFrom Storyboard to Spectacles
Bantu anda guna Gen AI untuk siapkan video PSA, taklimat dan story.
Lihat butiranLeveraging Gen AI for Faster & Better Recruitment
Bantu anda guna Gen AI untuk siapkan keperluan dalam hiring.
Lihat butiranPERNAMA, Lembaga Pelabuhan Johor dan Zakat Perak menjemput saya untuk sesi kedua selepas sesi pertama. Baca apa yang berlaku dalam setiap program.
Sesi pertama untuk barisan pengurusan, kemudian sesi kedua untuk pegawai dan eksekutif. Apa kata 56 peserta.
Baca sorotan
Sesi kedua untuk peringkat eksekutif, daripada VTMS dan kewangan hingga audit dalam dan undang-undang.
Baca sorotan
Satu hari bersama 38 pengurus dan staf, disesuaikan dengan operasi restoran: data outlet, memo, poster dan minit.
Baca sorotan“Kursus ini sangat berguna kepada saya, terutamanya untuk menyediakan laporan, slide korporat dan analisa data. Encik Aiman amat profesional dan menyampaikan dengan jelas dan mudah difahami walaupun kepada saya yang agak berusia.”
“Penerangan yang ringkas dan padat. Senang difahami kerana dibuat secara hands on.”
“Ilmu yang sangat berguna dalam pekerjaan saya. Benda dah ada depan mata, baru tahu guna.”
“Teknik dan modul yang sangat berkesan yang boleh menjimatkan masa dan memudahkan urusan seharian.”
“Saya belajar cara prompt yang lebih teliti untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Modul penceramah sangat membantu dan mudah faham bagi saya yang bukan pakar bidang AI ini.”
“Saya belajar buat surat secara ringkas, minit mesyuarat dan cara hasilkan gambar 3D. Penceramah beri penerangan dengan jelas, dan kursus ini menambah ilmu baru saya tentang teknologi AI.”
Isi borang atau WhatsApp saya: jabatan, bilangan peserta, tugasan yang nak dipercepatkan dan tarikh cadangan.
Saya cadangkan modul dan tentatif yang sesuai, berserta sebut harga untuk proses kelulusan.
Di premis anda atau lokasi pilihan. Peserta praktikal terus atas tugasan sebenar mereka.
Group WhatsApp dan video tutorial untuk peserta ulang kaji bila mula guna di pejabat.
Boleh. Saya penyedia latihan berdaftar HRD Corp dan modul saya HRD Claimable. Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp boleh guna levi untuk latihan ini.
Boleh. Saya berdaftar dengan MOF dan patuh TCC. Saya dah sampaikan latihan kepada kementerian, jabatan, badan berkanun dan syarikat swasta.
Biasanya 1 hingga 2 hari, 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Tempoh boleh dilaraskan ikut modul dan jadual jabatan anda.
Boleh. Anda boleh pilih satu modul, gabungkan beberapa modul, atau minta saya susun modul khas ikut tugasan jabatan, contohnya untuk jurutera, HR atau unit komunikasi.
Laptop dan akses internet, sebab 80% sesi adalah praktikal. Saya akan kongsi senarai persediaan penuh selepas tarikh disahkan.
Tak wajib. Saya ajar guna tools yang ada versi percuma seperti Gemini, ChatGPT dan NotebookLM. Kalau organisasi anda dah ada akaun berbayar, kita guna itu.
Setiap latihan ada bahagian tentang maklumat apa yang selamat dan tidak selamat dimasukkan ke AI, serta cara semak hasil AI sebelum digunakan.
Kos bergantung kepada modul, tempoh, bilangan peserta dan lokasi. Isi borang di bawah dan saya akan hantar sebut harga.
Isi borang ini dan mesej akan dihantar terus ke WhatsApp saya. Saya akan balas dengan cadangan modul dan sebut harga.
Nak terus bercakap? WhatsApp 019-910 4986.