Sorotan Program · 15 April 2026

Dua Sesi Latihan Gen AI Bersama PERNAMA

Dua Sesi Latihan Gen AI Bersama PERNAMA

Bagi saya, bukti paling kuat sesuatu latihan berkesan ialah bila klien datang semula. Itulah yang berlaku dengan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA).

Pada Disember 2025, saya melatih barisan pengurusan PERNAMA: Ketua Jabatan, Pengurus Kanan dan Pengurus Kawasan dari pelbagai negeri. Dalam borang maklum balas, ramai yang menulis perkara yang sama: kursus ini "perlu diadakan lagi" dan "disokong untuk dipanjangkan kepada kakitangan yang lain".

Empat bulan kemudian, pada April 2026, PERNAMA menjemput saya semula untuk sesi kedua, kali ini untuk pegawai dan eksekutif mereka.

  • KlienPerwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
  • Sesi 1Disember 2025: Ketua Jabatan, Pengurus Kanan & Pengurus Kawasan
  • Sesi 215–16 April 2026: pegawai & eksekutif
  • KursusAI Smart Office – Boosting Workplace Productivity

Sesi 1: Barisan Pengurusan

Peserta sesi pertama datang dari hampir semua fungsi PERNAMA: operasi kedai, pengurusan inventori, rantaian bekalan, logistik dan edaran, audit dalaman, kewangan, khidmat pelanggan dan pembangunan modal insan. Ramai Pengurus Kawasan juga hadir, termasuk dari Sarawak, Utara, serta Melaka & Gemas.

Kami fokus pada asas prompting dan tugasan yang paling kerap mereka buat: laporan dan analisa data, dashboard, minit mesyuarat, slide pembentangan, surat rasmi, poster dan video pendek.

Sesi 1 PERNAMA: modul surat rasmi, memo dan emel Barisan pengurusan PERNAMA semasa sesi praktikal

"Kursus ini sangat berguna kepada saya selaku Pengurus Kanan Korporat PERNAMA, terutamanya untuk menyediakan laporan, slide korporat dan analisa data. Encik Aiman selaku pengajar amat profesional dan dapat menyampaikan pengajarannya dengan jelas dan mudah difahami walaupun kepada saya yang agak berusia."

PERNAMA · Pengurus Kanan Korporat · Lt Kol Abd Talib bin Hj Darmawi (Bersara)

"Sangat baik untuk kerja-kerja harian di pejabat. Sangat disarankan kepada semua kakitangan."

PERNAMA · Ketua Jabatan Logistik dan Edaran · Shamsu Alimin bin Abdullah

"Kami nak lagi kursus AI macam ni, sangat sangat sangat menarik!"

PERNAMA · Penolong Pengurus Kawasan Melaka & Gemas · Nur Rafidah binti Mohd Akhir

Sesi 2: Pegawai & Eksekutif

Sesi kedua dijalankan selama 2 hari dengan silibus penuh AI Smart Office – Boosting Workplace Productivity. Ada 12 modul, daripada 3 teknik prompting, minit mesyuarat, proposal, surat rasmi dan SOP, hinggalah analisa data, dashboard, slides dan poster.

Pesertanya lebih pelbagai: Pengurus Kedai, Juru Audit, Pegawai Kewangan, Logistik, Perundangan, IT, Media Sosial dan Pembangunan Modal Insan. Ada yang menggunakan AI buat kali pertama, dan ada juga yang sudah biasa.

Pada hari kedua, peserta terus menghasilkan kerja sebenar dengan AI, termasuk slide laporan pencapaian jualan, laporan kursus dan proposal aktiviti jabatan.

Bimbingan satu-satu semasa sesi praktikal PERNAMA Peserta sesi 2 PERNAMA mencuba prompt di laptop

"Pembelajaran selesa. Pengajar juga sangat ramah dan membantu dalam membetulkan kesilapan sehingga faham."

PERNAMA · Juru Audit · Muhammad Ammar

"Perkara baru kepada saya. Pertama kali menggunakan aplikasi AI dan ianya sangat membantu dalam kerja di pejabat."

PERNAMA · Pegawai Logistik · Muhammad Ikram bin Ariffin

"Sangat best! Cikgu pun sangat vibe. Semua cara yang diberikan easy to be follow."

PERNAMA · Pegawai Media Sosial · Nazreen Shafiqah binti Roslan

Apa Yang Kami Pelajari Daripada Dua Sesi Ini

Melatih pengurusan dahulu, kemudian pegawai, memberi kesan yang berbeza. Bila pihak pengurusan sudah faham dan yakin dengan AI, mereka sendiri yang mendorong pasukan untuk menggunakannya. Sesi kedua pula menjadi lebih mudah kerana peserta tahu pihak atasan menyokong.

Permintaan seterusnya daripada kedua-dua kumpulan juga jelas: analisa data dan Excel, dashboard, video AI dan NotebookLM, serta kelas lanjutan.

Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?

Kursus ini boleh dijalankan secara berperingkat seperti PERNAMA, bermula dengan barisan pengurusan dan kemudian kakitangan, dan disesuaikan mengikut kerja sebenar setiap kumpulan.

Lihat Kursus AI Smart Office

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail