Latihan Gen AI Bersama Nippon Sushi Group
Pada 22 September 2026, saya bersama pasukan pengurusan Nippon Sushi Group untuk satu hari latihan Gen AI di pejabat mereka.
Pesertanya bukan orang IT. Mereka ialah Area Manager, Area Chef, Restaurant Manager dan staf HR, Kewangan, Halal serta Supply Chain. Mereka berdepan laporan, SOP dan bahan latihan setiap minggu, sambil menguruskan operasi restoran.
- KlienNippon Sushi (M) Sdn Bhd
- KursusAI Smart Office – Fundamentals of Workplace Productivity
- Tarikh22 September 2026 (1 hari)
- Peserta38 orang
- Kaedah80% praktikal, 20% teori
- StatusHRD Claimable
Apa Yang Kami Belajar
Semasa sesi perbincangan sebelum kursus, pihak pengurusan Nippon Sushi meminta silibus disesuaikan dengan kerja sebenar operasi restoran mereka. Jadi kursus ini akhirnya dijalankan dalam 6 modul, dengan contoh dan latihan menggunakan situasi Nippon Sushi sendiri.
Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi
Asas Gen AI: kelebihannya untuk kerja harian, mindset yang betul, dan etika penggunaan AI di tempat kerja.
Modul 2: 3 Teknik Prompting Yang Berkesan
Bermula dengan 3 best practice dalam prompting (beri peranan, beri konteks, dan berkomunikasi dengan AI seperti biasa), kemudian 3 teknik yang digunakan dalam semua modul seterusnya: Prompting By Formula, By Reference dan By Delegate.
Modul 3: Gen AI untuk Asas Analisa Data
Peserta menganalisis data prestasi outlet (jualan, kos makanan, pembaziran, aduan dan rating pelanggan) menggunakan set data contoh berasaskan operasi Nippon Sushi. Fokusnya bukan sekadar graf, tetapi mencari insight dan tindakan, kemudian menyediakan laporan analisa dengan bantuan AI.
Modul 4: Gen AI untuk Multi Language Memo
Seorang pengurus outlet biasanya mengurus staf pelbagai negara. Dalam modul ini, peserta menukar arahan kerja harian, seperti persediaan outlet inspection, shift, deep cleaning dan stok, kepada mesej yang ringkas dan jelas dalam Bahasa Melayu, English, Nepali, Bengali dan Burmese, sedia untuk dihantar melalui WhatsApp atau memo.
Modul 5: Gen AI untuk Poster Produk Sosial Media
Peserta belajar aliran Faham → Idea → Copy → Design: AI menganalisis gambar produk dahulu, mencadangkan sudut pemasaran dan menulis copy, barulah menghasilkan poster produk untuk media sosial dengan ChatGPT dan Gemini.
Modul 6: Gen AI untuk Membuat Minit Mesyuarat
Cara menukar nota atau rakaman mesyuarat menjadi minit yang tersusun, lengkap dengan keputusan dan tindakan susulan.
Setiap modul saya tunjuk demo dahulu, kemudian peserta terus cuba sendiri di laptop masing-masing. Slides dan nota setiap modul dikongsi dengan peserta selepas kursus.
Apa Kata Peserta
Seramai 38 peserta mengisi borang maklum balas selepas kursus. Antara komen mereka:
"Sangat berpuas hati untuk kelas pada hari ini. Penerangan yang diberikan sangat jelas."
Nippon Sushi Group · Area Manager · Firdauz
"Speaker yang lantang dan berpengetahuan tinggi."
Nippon Sushi Group · Group Trainer · Muhammad Izzat Asyraf bin Muhamad Kasim
"Sangat menarik dan benda baru, dengan latihan yang diberikan."
Nippon Sushi Group · Area Manager · Siti Salihah binti Mohd Sanip
"Support faster preparation of reports, SOPs, training materials and visuals."
Nippon Sushi Group · Halal Executive · Siti Syahirah binti Rosli
"Pandai buat poster without using Canva."
Nippon Sushi Group · Assistant Supply Chain · Nur Amirah binti Muhammad Shalaby
Bila ditanya apa yang mereka mahu belajar seterusnya, jawapan paling kerap ialah video AI (termasuk video SOP dengan terjemahan suara automatik), NotebookLM dengan lebih mendalam, serta analisis data dan laporan. Ini petanda yang bagus: selepas faham asas, mereka terus nampak di mana lagi AI boleh bantu operasi mereka.
Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Kursus ini boleh dijalankan secara in-house di lokasi anda, disesuaikan dengan tugasan sebenar pasukan anda, dan boleh dituntut melalui HRD Corp.