Sorotan Program · 29 Jun 2026

Dua Sesi Latihan Gen AI Bersama Lembaga Pelabuhan Johor

Dua Sesi Latihan Gen AI Bersama Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) menjemput saya dua kali tahun ini. Sesi pertama pada 27 hingga 28 Januari 2026, dan sesi kedua pada 29 hingga 30 Jun 2026. Kedua-duanya diadakan di LPJ, Pasir Gudang.

Sesi kedua bertajuk SmartDesk AI: Enhancing Productivity for Executive Level. Peserta datang dari pelbagai fungsi: eksekutif VTMS (Vessel Traffic Management System), jurutera, Unit Undang-Undang, Audit Dalam, Kewangan dan pentadbiran.

  • KlienLembaga Pelabuhan Johor (LPJ)
  • KursusSmartDesk AI: Enhancing Productivity for Executive Level
  • Sesi 127 hingga 28 Januari 2026, LPJ Pasir Gudang
  • Sesi 229 hingga 30 Jun 2026, LPJ Pasir Gudang

Apa Yang Kami Belajar

Sesi kedua merangkumi 12 modul, ditambah satu modul bonus: membina Gems khas di Gemini, iaitu pembantu AI yang disesuaikan untuk tugasan unit masing-masing.

Hari pertama:

  • Gen AI sebagai pembantu peribadi
  • 3 teknik prompting yang berkesan
  • Brainstorming dan idea
  • Minit mesyuarat
  • Proposal dan kertas kerja
  • Surat rasmi, memo dan emel

Hari kedua:

  • SOP kerja
  • Knowledge base dan internal chatbot
  • Analisa data dan laporan
  • Dashboard
  • Slide pembentangan
  • Poster dan infografik

Untuk sesi ini, saya juga sediakan bahan rujukan sebenar LPJ, seperti undang-undang kecil lembaga, supaya peserta boleh terus mencuba knowledge base dan chatbot dalaman menggunakan dokumen kerja mereka sendiri.

Demo menjana slide dengan AI semasa sesi kedua di LPJ Bimbingan kepada peserta LPJ semasa sesi praktikal Sesi latihan Gen AI bersama Lembaga Pelabuhan Johor Gambar kumpulan peserta SmartDesk AI, Lembaga Pelabuhan Johor

Apa Kata Peserta

"Semuanya. Penyampai dan penyampaian ilmu yang mantap!"

LPJ · Eksekutif VTMS · Mohd Khairil Amri bin Amir

"Pengetahuan dan pengalaman yang luas oleh penceramah disampaikan dengan jelas."

LPJ · Pegawai VTMS · Mohamad Farid bin Zukifli

"Pengenalan pelbagai variasi Gen AI (Gemini, ChatGPT, Gamma) yang sangat relevan untuk produktiviti moden, serta penyampaian penceramah yang interaktif dan mudah difahami."

LPJ · Eksekutif · Mohd Faizal bin Yaser

"Penyampaian yang mudah."

LPJ · Eksekutif Unit Undang-Undang · Fauziah binti Tan

"Tidak cukup masa, kena tambah hari lagi."

LPJ · Eksekutif VTMS · Muhammad Farhan bin Kammoo

Ada juga yang mencadangkan latihan ini "buat setiap tahun". Topik yang mereka mahu teroka seterusnya: video AI, analisis data, automasi borang digital dan AI agent.

Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?

Kursus SmartDesk AI sesuai untuk agensi dan badan berkanun yang mahu latihan disesuaikan dengan dokumen dan tugasan sebenar organisasi.

Lihat Senarai Kursus

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail