Sorotan Program · 28 Oktober 2026

SSM Power Talk Siri 4: Gen AI Untuk Minit Mesyuarat, Slides & Dashboard

SSM Power Talk Siri 4: Gen AI Untuk Minit Mesyuarat, Slides & Dashboard

Pada 28 Oktober 2026, saya kembali ke Menara SSM @ Sentral sebagai penceramah SSM Power Talk Siri 4 anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga minggu selepas Siri 3 tentang seni prompting.

Kali ini topiknya lebih spesifik: "Cara Guna Gen AI Untuk Buat Minit Mesyuarat, Slides & Dashboard". Hampir setiap hari ada mesyuarat, diskusi dan sumbang saran, jadi kami fokus pada satu aliran kerja yang terus boleh dipakai esoknya.

  • KlienSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • ProgramSSM Power Talk Siri 4
  • TopikCara Guna Gen AI Untuk Buat Minit Mesyuarat, Slides & Dashboard
  • Tarikh28 Oktober 2026 (11 pagi hingga 1 petang)
  • LokasiAuditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM @ Sentral

Kenapa Minit Mesyuarat Penting

Dulu, stenografer taip satu per satu. Sekarang, kita rakam audio dan dengar balik, yang makan masa. Dengan AI, rakaman terus jadi transkrip dan minit.

Minit adalah asas pihak atasan membuat keputusan. Ia bukan tugas setiausaha sahaja, setiap ahli mesyuarat patut ada minit atau nota sendiri.

Saya membentangkan cara guna Gen AI untuk minit mesyuarat di pentas Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah Warga SSM memenuhi Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah Peserta SSM Power Talk Siri 4 mengikuti sesi Slaid Dulu, Sekarang dan Kini: dari stenografer ke minit dengan AI Peserta mencuba langkah demi langkah dengan komputer riba Suasana auditorium semasa SSM Power Talk Siri 4 Pengacara majlis membuka SSM Power Talk Siri 4

Apa Yang Kami Kongsi

Dari rakaman kepada minit dengan NotebookLM

Muat naik rakaman audio ke NotebookLM, biar AI jana transkrip, kemudian jana minit melalui Report. Untuk rakaman video, transkrip boleh diambil melalui YouTube. NotebookLM percuma, mudah guna dan hasilnya cepat. Kalau fail audio melebihi 200MB, compress dahulu atau potong ikut bahagian.

3 tahap prompt

  • Simple: minta minit berdasarkan transkrip.
  • Formatted: nyatakan apa yang perlu ada, seperti kehadiran, perkara dibincang, keputusan dan tindakan.
  • Upgraded: beri AI peranan setiausaha mesyuarat agensi kerajaan, Bahasa Melayu baku, agenda bernombor dan jadual tindakan susulan.

Satu syarat yang saya tekankan: jangan reka maklumat. Apa-apa yang tidak jelas dalam rakaman, AI perlu tandakan [PERLU DISAHKAN] supaya kita semak sendiri. Kalau organisasi sudah ada format minit, muat naik sebagai rujukan dan hasilnya jauh lebih tepat.

Dari minit kepada slides

Jangan terus minta AI "tukar minit jadi slide". Minta content outline dahulu, contohnya maksimum 8 slaid untuk pengurusan atasan, kemudian baru bina slaid menggunakan NotebookLM, Gemini atau Copilot dalam PowerPoint.

Dari banyak minit kepada dashboard

Muat naik beberapa minit ke Gemini dan minta struktur dashboard dahulu: metrik utama, status tindakan (selesai, dalam proses, lewat) dan jenis carta. Sasarannya, pengurusan atasan faham dashboard itu dalam masa 30 saat. Selepas struktur dipersetujui, barulah bina dashboard interaktif.

Nak Sesi Yang Sama Untuk Organisasi Anda?

Sesi ceramah 2 jam seperti ini sesuai untuk program bulanan, hari inovasi atau majlis ilmu. Untuk latihan hands-on yang lebih mendalam bersama pasukan anda, lihat senarai modul in-house saya.

Lihat Senarai Modul

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail