Sorotan Program · 29 Oktober 2026

Gen AI untuk Jurutera bersama Majlis Perbandaran Selayang

Gen AI untuk Jurutera bersama Majlis Perbandaran Selayang

Pada 29 Oktober 2026, saya mengendalikan latihan Generative AI for Engineers: Fundamentals & Practical Applications bersama jurutera dan penolong jurutera Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Latihan sehari ini dibina khas untuk kerja kejuruteraan pihak berkuasa tempatan. Semua latihan berdasarkan satu senario: lawatan tapak selepas hujan lebat di projek longkang. Peserta bawa senario itu dari nota tapak sampai ke laporan, slaid taklimat dan visual cadangan.

  • JenisLatihan in-house, 80% praktikal
  • KursusGenerative AI for Engineers: Fundamentals & Practical Applications
  • Tarikh29 Oktober 2026 (1 hari)
  • LokasiMajlis Perbandaran Selayang

Empat Modul: Assist, Report, Automate, Visualise

  • Assist: Gemini sebagai pembantu kerja jurutera, custom instruction, dan draf memo, emel kontraktor serta ringkasan dokumen
  • Report: dari tapak ke laporan. Rakaman dan nota lawatan tapak ditukar kepada action items, laporan lawatan, minit dan slaid taklimat
  • Automate: membina Gem sendiri untuk tugasan berulang seperti laporan lawatan tapak dan surat kontraktor
  • Visualise: menukar gambar tapak kepada visual konsep untuk komunikasi idea
Gambar kumpulan peserta latihan Generative AI for Engineers bersama MPS Ucapan perasmian latihan Gen AI di Majlis Perbandaran Selayang Bimbingan kepada peserta MPS semasa sesi praktikal Jurutera MPS mencuba prompt dengan Gemini Peserta MPS menyiapkan tugasan laporan tapak Suasana latihan Gen AI di bilik mesyuarat MPS Peserta MPS semasa sesi hands-on Gambar kumpulan santai peserta latihan Gen AI MPS

AI Assist, Human Verify, Human Decide

Untuk kerja kejuruteraan, prinsip ini kami tekankan dari awal. AI membantu mempercepatkan dokumentasi, tetapi tidak menggantikan engineering judgement, semakan teknikal atau kuasa membuat keputusan pegawai. Visual yang dijana pula hanya untuk idea awal dan komunikasi, bukan lukisan kejuruteraan.

Apa Kata Peserta

"Saya mendalami penggunaan Gemini dan dapat pendedahan baharu tentang cara guna AI secara lebih teratur. Ilmu yang berguna untuk kegunaan harian."

Majlis Perbandaran Selayang · Jurutera Elektrik J9 · Muhammad Syafiq Afif bin Ishak

"Saya belajar cara mudah buat laporan tapak dan minit mesyuarat. AI memang bagus dan dapat membantu kerja harian."

Majlis Perbandaran Selayang · Penolong Jurutera · Mohd Yusri bin Alias

"Saya belajar buat surat secara ringkas, minit mesyuarat dan cara hasilkan gambar 3D. Penceramah beri penerangan dengan jelas, dan kursus ini menambah ilmu baru saya tentang teknologi AI."

Majlis Perbandaran Selayang · Penolong Jurutera JA5 · Maisarah binti Zulkafli

"Saya belajar AI dalam kejuruteraan, terutamanya Gems dan prompt. Overall sangat membantu dan merealisasikan kerja."

Majlis Perbandaran Selayang · Penolong Jurutera Awam · Nurul Akmal binti Rahim

"Saya belajar tentang AI agent, dan ia membantu mempercepatkan penyediaan laporan."

Majlis Perbandaran Selayang · Penolong Jurutera · Muhammad Amin bin Hamzah

"Saya belajar guna AI dalam Gemini Workspace. Saya suka penceramah dan sesi hands-on. InsyaAllah boleh berkolaborasi bersama sekali lagi."

Majlis Perbandaran Selayang · Pembantu Tadbir N1 · Syafiq Daniel bin Ahmad Firdaus

"Saya belajar sediakan dokumen menggunakan AI. Modulnya ringkas dan mudah. Saya cadangkan ada kursus lanjutan untuk siri 2."

Majlis Perbandaran Selayang · Jurutera · Ahmad Fathin bin Zainal

Nak Latihan Yang Sama Untuk Jabatan Anda?

Latihan ini boleh disesuaikan untuk jabatan kejuruteraan, pentadbiran atau teknikal lain, menggunakan senario dan format dokumen organisasi anda sendiri.

Lihat Senarai Modul

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail