Sorotan Program · 18 November 2026

AI Smart Office: Leveraging MyGovUC bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

AI Smart Office: Leveraging MyGovUC bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pada 18 dan 19 November 2026, saya mengendalikan latihan AI Smart Office: Leveraging MyGovUC For Productivity bersama warga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Menara SPR.

Hari ini, penjawat awam sudah diberikan akaun MyGovUC yang lengkap dengan Google Workspace dan Gemini. Tetapi ramai yang belum optimumkannya. Ada yang masih mencari atau melanggan alat AI lain, sedangkan kerajaan sudah sediakan.

Latihan dua hari ini fokus pada satu perkara: guna sepenuhnya apa yang sudah ada dalam MyGovUC. Semua latihan dibuat terus dalam Gemini, Gmail, Docs, Sheets, Slides dan Vids, tanpa alat luar.

  • JenisLatihan in-house, hands-on
  • KursusAI Smart Office: Leveraging MyGovUC For Productivity
  • Tarikh18–19 November 2026 (2 hari)
  • LokasiMenara SPR
  • PlatformGemini & Google Workspace dalam MyGovUC

Apa Yang Buat Peserta Kata "Oh, Boleh Rupanya"

  • Minit mesyuarat: dari rakaman atau nota mesyuarat terus ke draf minit yang tersusun
  • Semak emel melalui Gemini: selepas Gemini disambungkan ke Gmail, Drive dan Calendar dalam akaun MyGovUC, peserta boleh minta Gemini ringkaskan dan bantu balas emel
  • Dashboard dalam Gemini sahaja: data dimasukkan, dan dashboard terhasil terus dalam Gemini, tanpa perisian lain
  • Gemini dalam Google Docs dan Slides: guna panel Gemini terus dalam aplikasi untuk draf dokumen dan bina slaid
  • Poster dan infografik: poster program, backdrop digital dan carousel media sosial
  • Analisis data dan laporan: menggunakan data simulasi kesiapsiagaan pusat mengundi, dari jadual ke dapatan dan laporan
  • Video PSA 30 saat: dengan Gemini dan Google Vids. Untuk SPR, video pendek begini memudahkan penyampaian maklumat pilihan raya kepada orang ramai
Gambar kumpulan peserta latihan AI Smart Office bersama SPR di Menara SPR Aiman Ismail menerangkan Verification Framework pada hari pertama Peserta SPR mencuba Gemini dalam akaun MyGovUC Bimbingan kepada peserta semasa sesi hands-on Peserta SPR semasa sesi latihan hari pertama Suasana latihan dua hari di Menara SPR Demo penghasilan video PSA 30 saat dengan Google Vids Peserta bersama e-sijil di akhir latihan

12 Modul Dalam Dua Hari

Hari pertama: Pengenalan Gen AI & MyGovUC, Setup AI Pembantu, Tugasan Berjadual dalam Gemini, Brainstorming & Idea, Minit Mesyuarat dan Kertas Cadangan.

Hari kedua: SOP Kerja, Knowledge Base & Chatbot Dalaman, Analisis Data & Laporan, Dashboard, Slides serta Poster & Infografik. Ditambah satu modul bonus: Video PSA 30 Saat.

AI Generate, Kita Verify

Untuk organisasi seperti SPR, ketepatan maklumat sangat penting. Sebab itu prinsip ini saya tekankan dari modul pertama: output AI tetap tanggungjawab manusia. Peserta belajar semak setiap jawapan dengan source check, logic check dan cross-check, dan tidak memasukkan data sulit atau maklumat peribadi ke dalam AI.

Apa Kata Peserta

"Saya belajar bahawa AI boleh membantu melakukan pelbagai tugas dengan lebih mudah dan cepat. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan."

Suruhanjaya Pilihan Raya · Penolong Pegawai Teknologi Maklumat · Faizah binti Ab. Rahman

"Saya belajar cara membuat slide, minit dan video. Cikgu memang mantap, happening dan saya faham semua tunjuk ajar."

Suruhanjaya Pilihan Raya · PPTM · Siti Noor Atilah binti Abdul Samat

"Saya belajar buat minit mesyuarat, video dan reka bentuk poster. Tenaga pengajar sporting, dan cara mengajarnya buat saya lebih faham."

Suruhanjaya Pilihan Raya · PPTM · Azlin binti Abdul Majid

"Saya belajar guna Google Workspace dan AI untuk memudahkan kerja harian. Kursus yang sangat bermanfaat, interaktif dan mudah difahami."

Suruhanjaya Pilihan Raya · Penolong Setiausaha · Tasneem binti Ahamed Kamal

"Saya belajar generate video dan poster dengan AI. Isinya mudah difahami dan padat, sesi perkongsian yang menarik."

Suruhanjaya Pilihan Raya · Personel MySTEP · Nur Hazirah binti Suhaimi

"Saya belajar penggunaan AI dalam MyGovUC. Semua topik menarik dan memuaskan."

Suruhanjaya Pilihan Raya · Penolong Pegawai Teknologi Maklumat · Noor Asfarizan binti Arshad

"Saya belajar generate video dengan AI. Modulnya menarik dan bermanfaat."

Suruhanjaya Pilihan Raya · PTPO · Maida a/p Sesrodzinan

"Saya banyak belajar tentang AI dan sangat suka program ini. Semua terbaik, saya bagi penuh markah."

Suruhanjaya Pilihan Raya · Penolong Pegawai Tadbir · Masitah binti Mahyiddin

Agensi Anda Dah Ada MyGovUC?

Kalau jabatan anda sudah ada akaun MyGovUC tetapi belum guna Gemini dan Google Workspace sepenuhnya, latihan ini boleh dibawa ke organisasi anda. Contoh dan latihan disesuaikan dengan dokumen dan senario kerja jabatan anda sendiri.

Lihat Senarai Modul

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail