Dua Sesi Latihan Gen AI Bersama Zakat Perak
Zakat Perak (ZAPAR) ialah antara klien yang kembali semula. Sesi pertama berlangsung pada 29 hingga 30 April 2026, dan pada 7 hingga 8 Julai 2026 saya kembali untuk sesi kedua di MH Hotel, Ipoh.
Kumpulan kedua ini terdiri daripada eksekutif Bahagian Operasi Kutipan, Kewangan, Pendigitalan dan Pemasaran Digital. Tugasan mereka banyak melibatkan laporan, data kutipan dan bahan hebahan.
- KlienZakat Perak (ZAPAR)
- KursusAI Smart Office: Boosting Workplace Productivity
- Sesi 129 hingga 30 April 2026
- Sesi 27 hingga 8 Julai 2026, MH Hotel, Ipoh
Apa Yang Kami Belajar
Sesi kedua menggunakan 12 modul yang dibahagikan kepada dua hari:
Hari pertama:
- Gen AI sebagai pembantu peribadi
- 3 teknik prompting yang berkesan
- Brainstorming dan idea
- Minit mesyuarat
- Proposal dan kertas kerja
- Surat rasmi, memo dan emel
Hari kedua:
- SOP kerja
- Knowledge base dan internal chatbot
- Analisa data dan laporan
- Dashboard
- Slide pembentangan
- Poster dan infografik
Bila ditanya apa perkara baru yang dipelajari, jawapan peserta paling kerap menyebut slide, poster, minit mesyuarat dan dashboard. Seorang Eksekutif Kanan menyebut beliau kini tahu cara mudah untuk membuat proposal, menganalisis data dan menjadikannya dashboard serta slide.
Apa Kata Peserta
"Semua terbaik. Mudah faham dan telah sediakan format yang boleh bantu dalam kerja pada masa akan datang."
Zakat Perak · Eksekutif Kanan · Nor Farah Izzati binti Haris
"Belajar lebih mendalam tentang Gemini AI. Rupanya boleh buat macam-macam dengan Gemini ni."
Zakat Perak · Eksekutif Pemasaran Digital · Hafiz Hazwan bin Nazri
"Banyak perkara tentang AI. Bagus dan banyak membantu dalam kerja harian saya."
Zakat Perak · Penyelia Kewangan · Mohamad Idham bin Jamaludin
"Tenaga pengajar yang memberi input dan penerangan yang baik."
Zakat Perak · Eksekutif Kewangan · Abdul Hadi bin Ishak
"Tambah lagi sehari. Terlalu bermanfaat."
Zakat Perak · Eksekutif Kanan · Mohd Ariffullah bin Mashudi
Topik yang paling ramai mahu belajar seterusnya ialah video AI, diikuti poster, copywriting dan AI dalam Excel.
Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Bila klien kembali untuk sesi kedua, itu tanda latihan pertama benar-benar dipakai di pejabat. Kursus ini boleh dijalankan secara berperingkat untuk kumpulan yang berbeza dalam organisasi anda.