Sorotan Program · 20 Julai 2026

Gen AI untuk Forensik Penerbitan Bersama KDN

Gen AI untuk Forensik Penerbitan Bersama KDN

Kebanyakan kursus Gen AI yang saya kendalikan fokus pada kerja pejabat umum: minit mesyuarat, laporan, slides. Kursus ini berbeza. Ia dibina khas untuk satu tugasan yang sangat spesifik, iaitu kajian forensik penerbitan.

Pada 20–22 Julai 2026, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (BPK), Kementerian Dalam Negeri menjemput kami untuk mengendalikan Program Kursus Transformasi Gen AI dalam Kajian Forensik Penerbitan bagi pegawai mereka.

  • KlienBahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (BPK), KDN
  • ProgramKursus Transformasi Gen AI dalam Kajian Forensik Penerbitan
  • Tarikh20–22 Julai 2026
  • LokasiDorsett Hartamas, Kuala Lumpur
  • JenisKursus khas, dibina mengikut proses kerja jabatan

Masalah Yang Ingin Diselesaikan

Pegawai BPK perlu membaca, mengkaji dan merumus bahan penerbitan dalam jumlah yang besar, kemudian menyediakan syor tindakan kepada pihak atasan. Bila semuanya dibuat secara manual:

  • Isu yang melanggar garis panduan berisiko lambat dikesan sebelum ia tular.
  • Analisis bahan harian menjadi perlahan, sekali gus melambatkan syor tindakan.
  • Beban membaca dan merumus bahan fizikal yang terlalu banyak boleh menjejaskan motivasi pasukan.

Matlamat kursus ini jelas: bantu pegawai menganalisis bahan dengan lebih pantas, tanpa mengorbankan ketepatan. Setiap dapatan mesti disertakan bukti petikan daripada teks asal.

Aliran Kerja Yang Kami Bina

Daripada mengajar tools secara umum, kursus ini disusun mengikut 6 langkah kerja sebenar pegawai, selepas 2 modul asas (pengenalan Gen AI dan 3 teknik prompting):

  1. Membina Pustaka Digital. Menyusun akta, garis panduan dan bahan kajian dalam NotebookLM sebagai sumber rujukan tunggal (ground truth), supaya AI menjawab berdasarkan dokumen dan tidak mereka fakta.
  2. Deep Content Analysis. Mengekstrak ringkasan, isu kritikal dan petikan teks berserta muka surat sebagai bukti.
  3. Motive & Sentiment Analysis. Menilai nada, motif tersurat dan tersirat, serta kumpulan sasaran sesuatu kandungan, dengan bukti petikan.
  4. Semakan Perundangan. Membuat rujukan silang antara dapatan kajian dengan akta dan garis panduan, lengkap dengan jadual perbandingan dan tahap risiko.
  5. Laporan Cadangan & Tindakan. Menyediakan kertas tatacara kajian dan laporan mengikut format sedia ada jabatan.
  6. Slides Laporan. Menukar laporan kepada slides pembentangan untuk pihak pengurusan dengan Gemini dan NotebookLM.

Setiap prompt dibina dengan kekangan yang ketat: jangan reka fakta, jangan reka seksyen undang-undang, dan nyatakan dengan jelas jika maklumat dalam teks tidak jelas.

Aliran latihan forensik penerbitan dengan Gen AI Pegawai BPK KDN semasa sesi praktikal Sesi cabaran semasa dalam kajian penerbitan Peserta mengikuti aliran kerja langkah demi langkah

Apa Kata Peserta

Seramai 18 pegawai mengisi borang maklum balas di hari terakhir. Borang ini tidak mengumpul nama, jadi komen dipaparkan tanpa nama:

"Kursus ini sangat-sangat bagus, recommended untuk staf lain bagi menambah baik dan meringankan beban tugas dalam kajian penerbitan yang sebelum ini memakan masa yang agak lama."

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN · Peserta Kursus

"Merupakan kursus yang banyak membantu dalam proses kajian penerbitan serta pendedahan cara kerja dengan lebih mudah dan menarik dengan penggunaan Gen AI."

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN · Peserta Kursus

"Gaya santai dan mudah faham. Profesional dan berstruktur."

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN · Peserta Kursus

"Saya belajar banyak perkara tentang Gen AI ini. Kursus seperti ini wajar diteruskan untuk peserta kursus yang lain."

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN · Peserta Kursus

Hampir separuh peserta meminta perkara yang sama: tambah tempoh kursus dan adakan siri kedua. Topik yang paling diminta seterusnya ialah tatacara kajian yang lebih mendalam, laporan statistik, video AI, serta penggunaan AI dalam skop siasatan dan risikan.

Perlukan Kursus Khas Untuk Jabatan Anda?

Jika jabatan anda mempunyai proses kerja yang spesifik, seperti kajian, pemeriksaan, audit atau penilaian, saya boleh bina kursus Gen AI mengikut aliran kerja sebenar pasukan anda, bukan sekadar mengajar tools.

Bincang Kursus Khas

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail