Public Training AI Smart Hiring di Seremban
Pada 13 hingga 14 Oktober 2026, kami menganjurkan kursus awam AI Smart Hiring: Leveraging Gen AI for Faster & Better Recruitment di Palm Seremban Hotel, Seremban.
Kelas ini khusus untuk orang HR. Peserta terdiri daripada pembantu HR, eksekutif, pegawai kanan, pengurus hingga ketua jabatan sumber manusia dari pelbagai sektor: hospital pakar, hotel, kilang pembuatan, makanan, automotif dan pembangunan hartanah. Semuanya terlibat secara langsung dalam proses pengambilan pekerja.
Kursus ini disampaikan bersama Tn. Azmi Jamaludin, pengamal pemasaran digital dan content strategist dengan lebih 600 ribu pengikut di media sosial.
- JenisKursus awam (public training), HRD Corp Claimable
- KursusAI Smart Hiring: Leveraging Gen AI for Faster & Better Recruitment
- Tarikh13 hingga 14 Oktober 2026 (2 hari)
- LokasiPalm Seremban Hotel, Seremban
Dari Perancangan Hingga Surat Tawaran
Modul disusun ikut aliran sebenar proses hiring. Setiap modul ada set prompt sendiri yang peserta terus cuba pada jawatan di syarikat masing-masing.
Hari pertama: asas dan perancangan
- Gen AI sebagai pembantu peribadi, termasuk setup custom instruction untuk kerja HR
- Workforce planning: analisa keperluan, candidate persona dan justifikasi headcount
- Job Description dan Job Specification
- Iklan jawatan kosong untuk Facebook, WhatsApp dan emel
Hari kedua: saringan, temuduga dan tawaran
- Tapisan resume dan laporan shortlist calon
- Emel dan mesej kepada calon: jemputan, penolakan dan follow up
- Soalan temuduga dan interview scorecard
- Menilai jawapan calon daripada transkrip temuduga
- Offer letter dan kontrak yang patuh Akta Kerja 1955
AI Bantu, Keputusan Kekal Pada Manusia
Satu prinsip yang kami ulang sepanjang dua hari: AI membantu mencari bukti dalam resume dan jawapan temuduga, tetapi keputusan hiring tetap pada manusia. Setiap prompt penilaian ada syarat supaya AI tidak mereka fakta, tidak memberi skor berdasarkan resume semata-mata, dan mengelak soalan yang bersifat diskriminasi.
Peserta juga belajar menukar rakaman temuduga kepada transkrip menggunakan NotebookLM, kemudian membandingkan calon berdasarkan interview scorecard yang mereka bina sendiri.
Apa Kata Peserta
"Saya belajar fungsi AI dan cara guna AI untuk mudahkan proses hiring, macam sediakan soalan temuduga dan menilai calon. Kursus ini sangat bermanfaat dan beri saya pengetahuan baharu tentang guna Gen AI untuk proses hiring, dan juga tugasan harian HR."
Roca Malaysia · HR Executive · Nurulfarah binti Mohd Rohani
"Saya belajar macam mana AI boleh bantu dalam pemilihan calon, sesi temuduga, buat penilaian dan bantu buat keputusan, serta banyak lagi tugasan dalam proses pengambilan pekerja. Penyampaian mudah difahami dan sample yang diberi banyak membantu."
Senawang Indah Medical Centre · Eksekutif Sumber Manusia · Hazami binti Abd Mutalib
"Saya dapati modul dan prompt yang disediakan mudah faham dan sangat berguna. Overall training sangat berguna, trainer pun bagus dan sentiasa ready untuk assist."
Cengkam Kota · Senior Executive, HR & Admin · Nur Izdihar binti Ishak
"Saya belajar guna prompt untuk mudahkan bagi maklumat kepada AI. Kursus ini sangat bermanfaat untuk HR, terutamanya guna AI untuk mudahkan cara kerja."
Dou Yee Manufacturing · HRA Executive · Nur Aqilah binti Yusof
"Saya belajar guna NotebookLM. Trainer sangat berpengetahuan dan membantu."
BSS Development · Senior Executive, HR · Fatin Amalina binti Shahrir
"I learned various AI tools that can be used to improve the recruitment process. I would love to have the chance to attend similar training again."
Just Energy · HR Senior Officer · Choong Jia Hui
"Saya belajar cara hasilkan macam-macam bahan untuk recruitment guna AI. Satu pengalaman yang sangat menarik, terima kasih atas latihan ini."
Koito Malaysia · HR Executive · Zalina binti Abdul Latif
Cadangan peserta untuk kelas akan datang: lebih banyak latihan praktikal berdasarkan situasi, dan semua bahan serta prompt disediakan dalam satu folder untuk disimpan. Topik yang mereka mahu belajar seterusnya: automasi HR, analisis data pekerja, penilaian prestasi dan surat tatatertib seperti surat tunjuk sebab dan surat amaran.
Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Kursus ini juga boleh dijalankan secara in-house untuk jabatan HR anda, menggunakan contoh jawatan dan format surat organisasi anda sendiri.