Sorotan Program · 21 Oktober 2026

Latihan Gen AI bersama Perbadanan Stadium Malaysia

Latihan Gen AI bersama Perbadanan Stadium Malaysia

Pada 21 hingga 22 Oktober 2026, saya mengendalikan Kursus AI untuk Meningkatkan Produktiviti Kerja Pejabat bersama warga Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur.

Peserta datang dari pelbagai unit: pengurusan, pentadbiran, kewangan, dasar, pengurusan aset dan kejuruteraan. Jadi setiap modul dibawa terus kepada tugasan harian masing-masing, daripada laporan dan SOP sampai ke dashboard.

  • JenisLatihan in-house, 80% praktikal
  • KursusAI untuk Meningkatkan Produktiviti Kerja Pejabat
  • Tarikh21 hingga 22 Oktober 2026 (2 hari)
  • LokasiBukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur

Apa Yang Kami Buat

  • Setup Gemini sebagai pembantu peribadi dan teknik prompting yang lebih teliti
  • Menyediakan draf SOP kerja baharu
  • Laporan dan minit mesyuarat
  • Dashboard daripada data unit sendiri
  • Slide pembentangan, poster dan video infografik
Bimbingan kepada peserta Perbadanan Stadium Malaysia semasa sesi praktikal Membantu peserta PSM mencuba prompt di laptop Peserta PSM menyiapkan tugasan dengan Gemini Bimbingan satu persatu kepada peserta Suasana kelas latihan Gen AI bersama PSM Membantu peserta menyemak output AI

Dashboard Yang Lama Ditunggu

Dalam rakaman maklumbalas, seorang peserta berkongsi yang dashboard untuk unitnya sudah lama diminta daripada IT. Selepas sesi ini, dia boleh bina sendiri dashboard dengan maklumat di hujung jari untuk dibentangkan kepada pengurusan. Sesi SOP pula paling membantu, sebab menyiapkan SOP selama ini memang memeningkan kepala.

Apa Kata Peserta

"Saya dapat banyak pendedahan baharu, terutamanya alatan AI generatif, pembantu penulisan dan automasi tugas harian yang sangat praktikal untuk kerja pentadbiran, pengurusan dokumen dan analisis data di pejabat. Kursus ini amat bermakna dan membuka minda tentang potensi AI dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan."

Perbadanan Stadium Malaysia · Penolong Pengurus Kanan · Nadiya Hanani binti Muhammad Azizan

"Saya belajar guna AI untuk cadangan SOP baharu, buat video infografik dan banyak lagi. Kursus ini amat bermanfaat untuk saya. Memudahkan kerja, menjimatkan masa dan lebih praktikal."

Perbadanan Stadium Malaysia · Penolong Pengurus Kanan, Unit Dasar · Hasmiza Hamzah

"Saya belajar cara prompt yang lebih teliti untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Modul penceramah sangat membantu dan mudah faham bagi saya yang bukan pakar bidang AI ini."

Perbadanan Stadium Malaysia · Penolong Pegawai Tadbir · Fatin Noratiqah binti Md Elias

"Saya belajar aplikasi AI yang memudahkan saya buat laporan. Pembelajaran ini berguna untuk tugasan harian saya."

Perbadanan Stadium Malaysia · Penolong Jurutera · Faizal bin Patahol Rahman

"Saya belajar guna AI untuk memudahkan urusan kerja dan pelaporan. Kursus ini menarik dan berguna untuk kerja harian."

Perbadanan Stadium Malaysia · Penolong Pengurus · Siti Nurulizzati binti Md. Ghazali

"Semua yang diajar ialah perkara baru untuk saya, dan saya paling suka sesi praktikal. Kursus ini sangat memberi informasi berguna kepada saya."

Perbadanan Stadium Malaysia · Penolong Pengurus, Seksyen Pengurusan Aset · Kamarulfiza binti Kamaruddin

Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?

Kursus ini sesuai untuk organisasi yang ada pelbagai unit, kerana setiap peserta mencuba AI terus pada tugasan unit mereka sendiri.

Lihat Modul AI Smart Office

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail