Latihan Gen AI Bersama IPPTAR
Pada 7 dan 8 September 2026, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) menjemput kami sebagai Training Provider untuk mengendalikan dua hari latihan Gen AI di kampus mereka.
Kumpulan ini sangat menarik. Kebanyakan peserta ialah orang kreatif dan teknikal di sebalik siaran: Penerbit Rancangan, Pereka, Jurufotografi dan Penolong Jurutera, bersama staf pentadbiran. Kerja mereka bukan sahaja kertas kerja dan minit mesyuarat, tetapi juga slide, poster dan bahan visual setiap hari.
- PenganjurInstitut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
- ProgramKursus AI di Pejabat: Kuasai Tool untuk Kerja Cepat
- SilibusAI Smart Office – Boosting Workplace Productivity (12 modul)
- Tarikh7–8 September 2026 (2 hari)
- LokasiMakmal Kreatif, Bangunan Ilmu, IPPTAR
Apa Yang Kami Belajar
Dalam dua hari, peserta melalui 12 modul. Setiap modul fokus pada satu tugasan sebenar di pejabat, dan peserta terus mencuba sendiri di komputer makmal.
Hari Pertama: Asas & Dokumen Harian
- Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi. Asas, mindset dan etika menggunakan Gen AI di tempat kerja.
- Modul 2: 3 Teknik Prompting Yang Berkesan. Beri peranan, beri konteks dan berkomunikasi seperti biasa, kemudian teknik Prompting By Formula, By Reference dan By Delegation.
- Modul 3: Brainstorming & Idea. Mencipta idea, menilai idea terbaik, menambah baik idea dan menyediakan skrip untuk pitch idea.
- Modul 4: Minit Mesyuarat. Aliran dan 3 jenis prompt untuk menyiapkan minit mesyuarat dalam masa 30 minit.
- Modul 5: Proposal. Menyediakan kertas kerja untuk program baru, permohonan bajet atau penyelesaian masalah.
- Modul 6: Surat Rasmi, Memo & Email. Termasuk teknik meniru gaya surat sedia ada.
Hari Kedua: Sistem, Data & Visual
- Modul 7: SOP Kerja. Mendokumenkan cara kerja supaya tugasan tidak bergantung kepada seorang individu.
- Modul 8: Knowledge Base & Internal Chatbot. Menyusun maklumat jabatan dan membina chatbot dalaman.
- Modul 9: Analisa Data & Laporan. Mencari insight dan tindakan daripada data, bukan sekadar graf.
- Modul 10: Dashboard. Menukar laporan panjang menjadi dashboard yang terus boleh dibaca oleh pihak atasan.
- Modul 11: Slides. Menyiapkan slide pembentangan dalam masa 15 minit.
- Modul 12: Poster & Infografik. Poster program, poster ucapan, infografik dan teknik redesign.
Apa Kata Peserta
Seramai 18 peserta mengisi borang maklum balas di akhir kursus. Antara komen mereka:
"Program sangat bagus dan pengajar sangat membantu."
Peserta Kursus IPPTAR · Koordinator · Farah Nur Izzati binti Mortadha
"Eye-opener. Kehebatan AI."
Peserta Kursus IPPTAR · Penerbit Rancangan · Lee Chin Nam
"Bila boleh cuba dan buat prompt sendiri, dan lihat hasilnya."
Peserta Kursus IPPTAR · Penerbit Rancangan · Jubaida Abd Hamid
"Penyediaan slide yang sangat mudah difahami."
Peserta Kursus IPPTAR · Penerbit Rancangan · Misrah binti Sineng
Ada satu permintaan yang muncul berulang kali dalam borang: "2 hari tak cukup, tambah hari lagi." Ramai peserta, terutamanya Penerbit Rancangan dan Pereka, mahu kelas lanjutan khusus untuk video AI, serta kursus khas untuk skim Pereka. Bagi kumpulan penyiaran dan kreatif, ini langkah seterusnya yang paling semula jadi.
Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Kursus 2 hari ini boleh dijalankan secara in-house di lokasi anda, dengan contoh dan latihan disesuaikan mengikut kerja sebenar pasukan anda.