Sorotan Program · 22 Oktober 2025

Latihan Gen AI Bersama Kementerian Digital

Latihan Gen AI Bersama Kementerian Digital

Pada 22 hingga 23 Oktober 2025, saya mengendalikan Kursus Pembudayaan Pendigitalan Dalam Tugasan Kerja anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Digital, di Pentagon Suite, Cyberjaya.

Peserta bukan sahaja dari kementerian, tetapi juga dari agensi di bawahnya: Jabatan Digital Negara (JDN) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Dalam bilik yang sama ada Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah, Akauntan, Pegawai IT dan Penolong Pegawai Tadbir.

Bila latihan dibuat untuk kementerian yang menerajui agenda digital negara, jangkaannya tentu tinggi. Fokus kami jelas: bagaimana AI boleh terus digunakan dalam tugasan harian penjawat awam.

  • KlienKementerian Digital (bersama JDN dan JPDP)
  • PenganjurBahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
  • KursusGen AI untuk Kerja Pejabat
  • Tarikh22 hingga 23 Oktober 2025 (2 hari)
  • LokasiPentagon Suite, Cyberjaya

Apa Yang Kami Belajar

Sepanjang dua hari, peserta mencuba sendiri pelbagai tools AI pada tugasan pejabat mereka. Antara yang paling kerap disebut dalam maklum balas:

  • NotebookLM untuk merujuk dan meringkaskan dokumen.
  • Dashboard interaktif daripada data Google Sheets.
  • Video AI, yang menjadi kejutan bagi ramai peserta.
  • Minit mesyuarat, memo dan laporan yang lebih cepat dan tersusun.

Seorang peserta menjawab soalan "apa perkara baru yang anda belajar" dengan ringkas: "Banyak. Semua perkara baru."

Sesi latihan Gen AI bersama Kementerian Digital di Cyberjaya Peserta Kementerian Digital, JDN dan JPDP semasa sesi praktikal Bimbingan kepada peserta semasa latihan Gambar kumpulan peserta Kursus Pembudayaan Pendigitalan Dalam Tugasan Kerja

Apa Kata Peserta

"Penceramah berpengetahuan luas dalam topik yang disampaikan."

Jabatan Digital Negara · Ketua Penolong Pengarah · Mohd Syukor bin Abdul

"Kursus yang amat baik diadakan bagi meningkatkan pengetahuan AI, meringkaskan proses kerja dalam kalangan penjawat awam."

Kementerian Digital · Akauntan · Sofia binti Mohd Sopee

"Saya berpuas hati dengan kursus ini sebab banyak ilmu baru yang dapat."

Kementerian Digital · Penolong Akauntan · Rozyana binti Jimat

"Kursus yang menarik, cuma tempoh masa agak singkat terutama untuk modul hari pertama."

Jabatan Digital Negara · Pegawai IT · Mohd Nazmir bin Abdul Munir

"Ilmu yang bermanfaat."

Jabatan Perlindungan Data Peribadi · Penolong Pengarah · Nadia Fadhila binti Ehwan

Permintaan yang paling kerap ialah lebih banyak masa dan lebih banyak contoh. Ada juga yang meminta rakaman kelas untuk rujukan semula. Tugasan yang mereka mahu teroka seterusnya: analisa data dalam Google Sheets, minit daripada rakaman yang lebih panjang dan poster.

Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?

Kursus ini sesuai untuk kementerian dan agensi yang mahu membudayakan penggunaan AI secara praktikal, merentas bahagian dan gred jawatan.

Lihat Senarai Kursus

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail