Latihan Gen AI Bersama KKM
Pada 10 November 2025, saya mengendalikan satu hari latihan Gen AI bersama Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Program Perubatan, KKM.
Apa yang menarik tentang kumpulan ini ialah kepelbagaiannya. Dalam satu bilik yang sama, ada Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Timbalan Pengarah, Ketua Jururawat dan Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perangkaan dan Teknologi Maklumat, serta Pembantu Tadbir dan Setiausaha Pejabat.
Latar belakang dan tugasan mereka berbeza, tetapi masalahnya sama: terlalu banyak masa dihabiskan untuk menyediakan minit, laporan dan data.
- KlienBahagian Perkembangan Perubatan, KKM
- KursusGen AI untuk Kerja Pejabat
- Tarikh10 November 2025 (1 hari)
- LokasiProgram Perubatan, KKM
Apa Yang Kami Belajar
Dalam satu hari, kami fokus pada tugasan yang paling banyak memakan masa di pejabat, menggunakan tools AI percuma seperti Gemini dan NotebookLM:
- Prompt yang sesuai supaya AI faham konteks dan memberi output yang tepat.
- Minit mesyuarat daripada rakaman audio, disiapkan dengan lebih cepat dan tersusun.
- Dashboard dan carta daripada data, terus dengan Gemini.
- Infografik, poster dan slide untuk pembentangan.
- NotebookLM untuk merujuk dan meringkaskan dokumen.
Topik yang paling kerap disebut peserta sebagai "perkara baru" ialah membina dashboard dengan Gemini dan minit mesyuarat. Dua tugasan ini memang memakan masa paling lama di kebanyakan pejabat kerajaan.
Apa Kata Peserta
"Penerangan yang ringkas dan padat. Senang difahami kerana dibuat secara hands on."
KKM · Penolong Pegawai Tadbir Tinggi · Norhaliza Abu Bakar
"Penceramah yang sangat interaktif dan berpengetahuan."
KKM · Ketua Penolong Pengarah Kanan · Dr. Anith Shazwani binti Adnan
"Cukup memberi input baru dan buka minda saya untuk explore cara yang lebih mudah dalam menjalankan tugasan."
KKM · Pembantu Tadbir · Mohd Shahidi bin Muhammad Yusof
"Saya dah boleh mengaplikasi ilmu yang kami pelajari hari ini untuk kegunaan pejabat."
KKM · Pembantu Tadbir · Mohd Romza bin Hassan
"Terima kasih kepada pihak tuan for the excellent training."
KKM · KPPK · Chan Lee Fang
Permintaan seterusnya juga jelas: lebih banyak masa untuk hands-on, serta topik seperti slide pembentangan, analisa data, video pendek dan laporan berkaitan akreditasi hospital. Seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan malah mencadangkan kelas berkala "ikut modul, mungkin sebulan sekali".
Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Kursus ini sesuai untuk kumpulan campuran, daripada pegawai kanan hingga kakitangan sokongan, kerana setiap peserta terus mencuba pada tugasan mereka sendiri.