Sorotan Program · 29 September 2026

Latihan Gen AI Bersama KPF Niaga

Latihan Gen AI Bersama KPF Niaga

Pada 29 hingga 30 September 2026, saya mengendalikan kursus AI Smart Office: Boosting Workplace Productivity bersama KPF Niaga Sdn Bhd di ibis Hotel KLCC, Kuala Lumpur.

Peserta datang dari pelbagai bahagian: Sumber Manusia, Sekretariat & Perhubungan Pekerja, Bahagian Stesen Minyak, Audit Dalam, Kewangan, Pemasaran Takaful dan MIS. Ada juga pereka grafik. Setiap orang membawa tugasan yang berbeza, jadi setiap modul terus dicuba pada kerja masing-masing.

  • KlienKPF Niaga Sdn Bhd
  • KursusAI Smart Office: Boosting Workplace Productivity
  • Tarikh29 hingga 30 September 2026 (2 hari)
  • Lokasiibis Hotel KLCC, Kuala Lumpur

Apa Yang Kami Belajar

Hari pertama:

  • Gen AI sebagai pembantu peribadi
  • 3 teknik prompting yang berkesan
  • Brainstorming dan idea
  • Minit mesyuarat
  • Proposal dan kertas kerja
  • Surat rasmi, memo dan emel

Hari kedua:

  • SOP kerja
  • Knowledge base dan internal chatbot
  • Analisa data dan laporan
  • Dashboard
  • Slide pembentangan
  • Poster dan infografik

Antara yang paling kerap disebut peserta sebagai perkara baru: Gemini dan NotebookLM, dashboard, dan laporan yang disiapkan dengan AI. Seorang eksekutif Bahagian Stesen Minyak, misalnya, kini menggunakan AI untuk mempercepatkan pelaporan daripada cawangan.

Bimbingan kepada peserta KPF Niaga semasa sesi praktikal Peserta KPF Niaga mencuba tugasan dengan AI Membantu peserta menyelesaikan tugasan di laptop Suasana kelas AI Smart Office bersama KPF Niaga

Apa Kata Peserta

"Terbaik. Trainer tahu apa yang disampaikan dan jelas."

KPF Niaga · Eksekutif Kewangan · Mohd Faizarul Ikhwan bin Mohd Jinah

"Output yang disampaikan jelas dan menepati kehendak tugasan kerja."

KPF Niaga · Eksekutif Kanan · Mohd Khairi bin Mohamad

"Teknik dan modul yang sangat berkesan yang boleh menjimatkan masa dan memudahkan urusan seharian."

KPF Niaga · Eksekutif Sekretariat & Perhubungan Pekerja · Nur Ain binti Khalid

"Penyampaian yang jelas, mudah difahami serta guideline dan paparan yang senang diikuti."

KPF Niaga · Eksekutif Pemasaran Takaful · Syahmi Anaqi bin Khalid

"Pembentangan bagus dan penyampaian jelas dan senang difahami."

KPF Niaga · Kerani Sumber Manusia · Nur Idayu binti Peli

Cadangan peserta juga berguna untuk kelas akan datang: taklimat ringkas sebelum mula menggunakan Gemini untuk peserta yang kurang biasa dengan IT, dan bahan latihan yang sama untuk dipraktikkan bersama. Topik yang mereka mahu belajar seterusnya: video AI, analisis data dan AI agent.

Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?

Kursus ini sesuai untuk syarikat yang mempunyai pelbagai bahagian, kerana setiap peserta mencuba AI terus pada tugasan unit mereka sendiri.

Lihat Senarai Kursus

Customer Support

Perlu Sebarang Bantuan atau Info Lebih Lanjut?

Nak program yang sama untuk organisasi anda? Hubungi saya untuk cadangan modul dan sebut harga.

Pasukan sokongan pelanggan Aiman Ismail