Latihan Gen AI Bersama MAINS
Pada 3 hingga 4 November 2025, saya mengendalikan dua hari latihan Gen AI untuk warga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling & Latihan di Arena Premier Hotel, Seremban.
Peserta datang daripada pelbagai unit: Sumber Manusia, Integriti, Kajian Syariah, agihan zakat dan pentadbiran. Kebanyakannya Pembantu Tadbir dan Penolong Pegawai, iaitu mereka yang paling banyak menyediakan surat, laporan dan minit setiap hari.
- KlienMajlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
- PenganjurBahagian Kaunseling & Latihan, MAINS
- KursusGen AI untuk Kerja Pejabat
- Tarikh3 hingga 4 November 2025 (2 hari)
- LokasiArena Premier Hotel, Seremban
Apa Yang Kami Belajar
Dalam dua hari, kami melalui lapan modul. Setiap modul dibina daripada tugasan sebenar di pejabat:
- Modul 1: AI sebagai pembantu peribadi
- Modul 2: AI untuk brainstorming dan idea
- Modul 3: AI untuk membuat minit mesyuarat
- Modul 4: AI untuk proposal dan kertas kerja
- Modul 5: AI untuk membina SOP ringkas
- Modul 6: AI untuk surat rasmi, memo dan emel
- Modul 7: AI untuk knowledge base
- Modul 8: AI untuk generate slides
Seorang Penolong Pegawai Kanan berkongsi bahawa beliau kini boleh meringkaskan minit mesyuarat yang panjang dan hanya mengambil keputusan utama, sekali gus menjimatkan masa merumus sehingga 50%. Beliau juga kini menulis draf emel rasmi daripada beberapa poin ringkas, dengan nada bahasa yang betul.
Apa Kata Peserta
"Ilmu yang sangat berguna dalam pekerjaan saya. Benda dah ada depan mata, baru tahu guna."
MAINS · Penolong Pegawai Kanan · Abdul Razak bin Husin
"Intipati kursus yang sangat padat dengan maklumat, banyak membantu."
MAINS · Pembantu Tadbir · Mohammad Muhaimin bin Razali
"Kursus yang sangat cemerlang dan membolehkan peserta menguasai dengan mudah."
MAINS · Penolong Pegawai, Unit Sumber Manusia · Norfazilah binti Daud
"Penggunaan AI sangat membantu dalam tugasan seharian."
MAINS · Ketua Unit Sumber Manusia · Azilawati binti Abdullah
"Semuanya difahami dan boleh diguna pakai dalam kerja saya."
MAINS · Pembantu Tadbir · Siti Nuruliin binti Raduan
Peserta juga jujur tentang apa yang boleh ditambah baik. Ada yang merasakan "penerangan terlalu cepat", dan ada yang mencadangkan kelas refreshment serta ujian ringkas untuk menguji kefahaman. Tugasan yang mereka mahu mudahkan seterusnya: analisa data, video dan poster, kertas kerja dan proses pengambilan kakitangan.
Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Kursus ini sesuai untuk kakitangan pentadbiran yang mahu terus guna AI pada surat, minit dan laporan mereka sendiri, bukan sekadar mendengar teori.