Public Training AI Smart Office di Seremban
Pada 15 hingga 16 Jun 2026, kami menganjurkan kursus awam AI Smart Office: Boosting Workplace Productivity di Palm Seremban Hotel, Seremban.
Berbeza dengan latihan in-house, kelas ini menghimpunkan peserta dari lebih 10 organisasi berlainan: hospital swasta, hotel, syarikat pembuatan, logistik dan perladangan. Ada syarikat yang menghantar seorang wakil, ada yang menghantar satu pasukan.
Bila latar belakang peserta sepelbagai ini, setiap modul perlu cukup praktikal untuk terus dipakai pada kerja masing-masing, sama ada di kaunter hospital, pejabat HR atau unit kewangan.
- JenisKursus awam (public training), HRD Corp Claimable
- KursusAI Smart Office: Boosting Workplace Productivity
- Tarikh15 hingga 16 Jun 2026 (2 hari)
- LokasiPalm Seremban Hotel, Seremban
Apa Yang Kami Belajar
Dalam dua hari, peserta melalui 12 modul, setiap satunya satu tugasan pejabat sebenar:
Hari pertama:
- Gen AI sebagai pembantu peribadi
- 3 teknik prompting yang berkesan
- Brainstorming dan idea
- Minit mesyuarat
- Proposal dan kertas kerja
- Surat rasmi, memo dan emel
Hari kedua:
- SOP kerja
- Knowledge base dan internal chatbot
- Analisa data dan laporan
- Dashboard
- Slide pembentangan
- Poster dan infografik
Kenapa Kursus Awam?
Tidak semua organisasi mempunyai bilangan staf yang cukup untuk latihan in-house. Kursus awam membolehkan syarikat menghantar satu atau dua orang wakil dahulu, dan yuran boleh dituntut melalui HRD Corp.
Nak Latihan Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Jika anda mahu kursus yang sama untuk seluruh pasukan, ia juga boleh dijalankan secara in-house di premis anda.