SSM Power Talk: Seni Prompting Yang Berkesan
Pada 7 Oktober 2026, saya dijemput sebagai penceramah SSM Power Talk Bil. 3/2026 anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM @ Sentral.
Tajuknya "Seni Prompting Yang Berkesan: 3 Teknik Praktikal Untuk Memanfaatkan AI di Tempat Kerja". Auditorium dipenuhi warga SSM, dan sesi ini turut disiarkan secara langsung melalui Zoom.
- KlienSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- ProgramSSM Power Talk Bil. 3/2026
- TopikSeni Prompting Yang Berkesan
- Tarikh7 Oktober 2026 (11 pagi hingga 1 petang)
- LokasiAuditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM @ Sentral, dan Zoom
Bermula Dengan Mindset
Ramai yang guna Gen AI macam Google Search: prompt pendek, tapi harapkan jawapan yang sempurna. Jadi sebelum masuk teknik, kami betulkan mindset dahulu:
- Layan Gen AI seperti junior staff kita.
- Gen AI hanya memudahkan 50 hingga 70% kerja kita.
- Baki 30% itu, kita wajib verify.
Untuk menunjukkan kenapa semakan manusia penting, kami bincangkan kes Deloitte: laporan kerajaan yang mengandungi rujukan dan kes mahkamah yang direka AI, sehingga syarikat itu terpaksa memulangkan sebahagian bayaran.
Soalan yang paling kerap saya terima pula: "Mana lebih bagus? Kena subscribe semua ke?" Jawapan saya, Gen AI ini macam kuali. Guna yang kita selesa, asalkan kita tahu cara prompt.
Apa Yang Kami Kongsi
3 best practice dan cara buat AI kenal kita
Asasnya tiga: berikan peranan, berikan konteks, dan berkomunikasi seperti biasa. Paling mudah, cakap sahaja menggunakan fungsi dictate atau voice. Saya juga tunjukkan cara menetapkan custom instruction di Gemini dan ChatGPT, supaya kita tidak perlu ulang siapa kita dan kerja kita dalam setiap chat.
Teknik #1: Prompting By Formula
Formula Role, Task, Context dan Output. Contohnya, menyediakan kertas cadangan Hari Inovasi & Pendigitalan dengan bajet bawah RM10,000 untuk 150 kakitangan.
Teknik #2: Prompting By Reference
Berikan AI contoh dokumen sebagai rujukan. Kami gunakan contoh memo dalaman, kemudian minta AI menghasilkan memo baharu tentang penyelenggaraan server dengan format yang sama.
Teknik #3: Prompting By Delegation
Biar AI sendiri yang membina prompt terbaik dengan bertanya kita satu soalan pada satu masa. Contoh yang kami gunakan: merangka pelan komunikasi krisis.
Sebagai bonus, saya kongsikan prompt semakan, iaitu meminta AI bertindak sebagai pengarah atau auditor dalaman yang tegas untuk mencari kelemahan dalam draf kita sebelum dihantar.
Nak Sesi Yang Sama Untuk Organisasi Anda?
Sesi ceramah 2 jam seperti ini sesuai untuk program bulanan, hari inovasi atau majlis ilmu, sama ada di auditorium atau secara dalam talian. Untuk latihan hands-on yang lebih mendalam, lihat senarai kursus saya.