Cara Siapkan Slides Mesyuarat Dalam 30 Minit Dengan Gen AI + Free Prompt
Bos minta slides untuk mesyuarat pagi esok.
Atau lebih mencabar, esok kena bentang depan pengarah, dan slides belum ada lagi.
Dalam situasi macam ni, jangan terus buka PowerPoint dan mula menaip.
Rancang dulu dengan AI. Bila mesej dan struktur dah jelas, slides boleh siap dalam masa yang jauh lebih singkat.
Ini 5 prompt yang saya guna untuk siapkan slides mesyuarat dengan cepat.
Cara Guna
Buka ChatGPT atau Gemini. Masukkan Prompt #1 hingga #5 satu demi satu dalam chat yang sama. Ini supaya AI ingat semua maklumat dari awal hingga akhir.
Prompt #1: Tentukan Mesej Utama
Langkah ini memastikan slides anda ada hala tuju sebelum mula ditulis.
Saya perlu bentangkan [TOPIK] kepada [AUDIENCE] dalam mesyuarat selama [TEMPOH] minit.
Berdasarkan maklumat di bawah, apakah 3 mesej utama yang paling penting untuk audience ini faham?
Jika audience ialah pengurusan atasan, utamakan gambaran besar, impak dan keputusan yang diperlukan.
Maklumat:
[TAMPAL NOTA ATAU MAKLUMAT]Prompt #2: Mulakan Dengan Kesimpulan
Pengurusan atasan sibuk. Beri kesimpulan pada slide pertama.
Tulis satu slide ringkasan eksekutif yang menyatakan isu, dapatan utama dan cadangan dalam 3 poin.
Kemudian susun struktur pembentangan sebanyak [BILANGAN] slides selepas ringkasan eksekutif. Untuk setiap slide, beri tajuk yang menyatakan kesimpulan (bukan sekadar topik).Prompt #3: Tulis Isi Setiap Slide
Had perkataan ini mengelakkan slides yang padat dengan teks.
Untuk setiap slide, tulis maksimum 3 poin ringkas, tidak lebih 10 patah perkataan setiap satu.
Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh [AUDIENCE].
Cadangkan juga satu visual untuk setiap slide: carta, ikon, jadual atau gambar.Prompt #4: Bersedia Untuk Soalan
Anda masuk bilik mesyuarat dengan lebih yakin.
Senaraikan 5 soalan sukar yang mungkin ditanya oleh [JAWATAN, CONTOH: PENGARAH] tentang pembentangan ini.
Beri cadangan jawapan ringkas untuk setiap soalan, berdasarkan maklumat yang saya berikan sahaja.Prompt #5: Hasilkan Prompt Penuh
Hasilnya ialah satu prompt penuh yang anda tampal ke tool AI untuk menghasilkan slides.
Gabungkan semua maklumat tadi, iaitu mesej utama, ringkasan eksekutif, struktur dan isi setiap slide, menjadi SATU prompt lengkap untuk menghasilkan slides dengan gaya korporat yang ringkas.
Tulis dalam satu blok teks.Di Mana Nak Tampal Prompt Penuh Tu?
- Gemini: Pilih Canvas, tampal prompt dan minta “Hasilkan pembentangan slides”. Hasilnya boleh dieksport ke Google Slides.
- ChatGPT: Tampal prompt dan minta “Hasilkan fail PowerPoint (.pptx) untuk dimuat turun”.
- Gamma: Pilih Create, kemudian Paste in text, dan tampal prompt anda.
- Canva: Buka Canva AI, tampal prompt dan minta ia hasilkan pembentangan.
Selepas itu, semak dan edit sedikit sahaja sebelum dibentangkan.
3 Perkara Sebelum Guna Prompt
- Gantikan semua [kurungan] dengan maklumat sebenar anda
- Jangan masukkan maklumat sulit organisasi
- Semak semua fakta dan angka sebelum dibentangkan