Cara Buat Slides Nampak Profesional Dengan Gen AI Walaupun Tak Pandai Design + Free Prompt
Ramai rasa slides mereka nampak “biasa-biasa” sebab tak pandai design.
Sebenarnya, slides yang nampak profesional bukan bergantung kepada bakat seni.
Ia bergantung kepada beberapa keputusan mudah: warna, font, susun atur dan visual.
Bila keputusan ini konsisten dari slide pertama hingga terakhir, slides terus nampak kemas.
Gen AI boleh bantu buat keputusan tersebut untuk anda.
Cara Guna
Buka ChatGPT atau Gemini. Masukkan Prompt #1 hingga #5 satu demi satu dalam chat yang sama, supaya AI ingat semua arahan reka bentuk dari awal.
Prompt #1: Pilih Tema Warna
Warna yang konsisten ialah cara paling mudah untuk slides nampak kemas.
Saya sedang sediakan slides tentang [TOPIK] untuk [AUDIENCE].
Cadangkan 1 palet warna profesional (3 hingga 4 warna) beserta kod warna.
Terangkan bila setiap warna patut digunakan: latar belakang, tajuk, teks dan penekanan.
Jika ada, gunakan warna korporat ini sebagai asas: [KOD WARNA / TIADA]Prompt #2: Tetapkan Font
Saiz font yang betul memastikan audience di belakang bilik pun boleh membaca.
Cadangkan 1 pasangan font untuk tajuk dan isi yang mudah dibaca dari jauh.
Nyatakan saiz font yang sesuai untuk tajuk, isi dan nota kaki.Prompt #3: Susun Atur Setiap Slide
Susun atur yang berbeza tetapi konsisten menjadikan pembentangan tidak membosankan.
Berdasarkan isi slides di bawah, cadangkan susun atur untuk setiap slide.
Contoh susun atur: tajuk dan 3 ikon, carta di kiri dan teks di kanan, atau satu angka besar.
Elakkan slide yang penuh dengan teks.
Isi slides:
[TAMPAL ISI SLIDES]Prompt #4: Tukar Teks Jadi Visual
Audience lebih cepat faham visual berbanding perenggan panjang.
Kenal pasti slide yang terlalu banyak teks.
Untuk setiap satu, cadangkan cara menukarnya kepada visual seperti carta, jadual, ikon, garis masa atau rajah proses.Prompt #5: Hasilkan Prompt Penuh
Langkah terakhir: gabungkan semua keputusan tadi menjadi satu prompt yang boleh terus digunakan.
Gabungkan semua tetapan tadi, iaitu warna, font, susun atur dan visual, bersama isi slides menjadi SATU prompt lengkap yang boleh saya tampal terus ke tool AI untuk menghasilkan slides.
Tulis dalam satu blok teks.Tampal prompt penuh ini ke Gemini (Canvas), ChatGPT, Gamma atau Canva AI.
3 Perkara Sebelum Guna Prompt
- Gantikan semua [kurungan] dengan maklumat sebenar anda
- Jika organisasi ada warna atau logo korporat, nyatakan dalam prompt
- Jangan masukkan maklumat sulit organisasi