Kenapa Setiap Ahli Mesyuarat Patut Ada Nota Sendiri (Bukan Tugas Setiausaha Sahaja) + Free Prompt
Selama ini, ramai yang sangka minit mesyuarat ialah tugas setiausaha atau pencatat minit sahaja.
Ahli lain datang, berbincang, kemudian tunggu minit diedarkan.
Sebenarnya, mengambil nota mesyuarat bukan tugas pencatat minit sahaja. Setiap ahli mesyuarat patut ada nota sendiri, termasuklah pengarah, ketua jabatan, pegawai dan anda.
Kenapa Minit Mesyuarat Penting?
Minit mesyuarat ialah rekod rasmi. Ia mencatat apa yang dipersetujui, siapa yang bertanggungjawab dan bila perlu disiapkan.
Minit inilah yang menjadi asas keputusan pengurusan atasan. Bila minit siap lebih cepat, pengurusan boleh membuat keputusan dengan lebih pantas, memantau kemajuan dan menyelesaikan isu yang timbul.
3 Sebab Setiap Ahli Patut Ada Nota Sendiri
1. Anda tahu tugasan dan tarikh akhir anda
Dengan nota sendiri, anda tahu dengan jelas apa tugasan anda dan bila perlu disiapkan. Anda tak perlu tunggu minit rasmi diedarkan baru nak mula bergerak.
2. Anda boleh semak semula minit
Bila minit rasmi diedarkan, anda boleh bandingkan dengan nota anda. Betul ke itu tugasan saya? Betul ke itu keputusan yang dipersetujui?
3. Anda ada rujukan bila ditanya
Bila pihak atasan atau klien bertanya, anda sudah ada rujukan dan bukti yang nyata. Anda tak perlu bergantung pada ingatan semata-mata.
Bukan Di Meja Mesyuarat Sahaja
Nota dan rakaman bukan terhad kepada mesyuarat rasmi. Ia juga berguna untuk:
- Perbincangan kumpulan dan sesi sumbang saran, walaupun di meja kopi
- Taklimat dan latihan yang anda hadiri
- Panggilan telefon dan panggilan video, dengan izin kedua-dua pihak
Bila semua perbualan dan perbincangan ada rekodnya, ia menjadi kerja yang bernilai tinggi.
Masalahnya: Fokus Terbahagi
Dulu, ada stenografer yang menaip perkataan demi perkataan. Kemudian kita beralih kepada buku nota dan rakaman audio, tetapi mendengar semula rakaman boleh makan masa berjam-jam.
Isu sebenarnya ialah fokus. Bila anda juga ahli aktif dalam mesyuarat, anda yang ambil nota, anda yang merakam, anda juga yang menulis. Fokus jadi terbahagi.
Dengan AI, anda hanya perlu rakam, dan beri tumpuan penuh kepada perbincangan. Transkrip dan nota boleh disusun selepas itu.
Trailer: Gen AI Mastery: Minit Mesyuarat
Free Prompt: Nota Peribadi Daripada Mesyuarat
Selepas anda ada nota kasar atau transkrip mesyuarat, guna prompt ini untuk dapatkan nota yang khusus untuk anda.
Saya [NAMA DAN JAWATAN] daripada [UNIT/BAHAGIAN].
Berdasarkan nota atau transkrip mesyuarat di bawah, sediakan nota peribadi untuk saya:
1. Tindakan yang ditugaskan kepada saya atau unit saya, berserta tarikh akhir.
2. Keputusan mesyuarat yang berkaitan dengan kerja saya.
3. Perkara yang saya perlu sahkan atau tanya semula.
Guna maklumat dalam nota atau transkrip sahaja. Jangan reka maklumat. Jika nama, tarikh atau angka tiada, tandakan [TIDAK DINYATAKAN].
Nota/transkrip:
[TAMPAL NOTA ATAU TRANSKRIP DI SINI]3 Perkara Sebelum Merakam & Guna AI
- Dapatkan persetujuan semua ahli sebelum merakam mesyuarat
- Ikut polisi organisasi dan guna akaun rasmi jika ada
- Semak semula nama, jawatan, keputusan, tarikh dan angka sebelum digunakan
Dalam Panduan Gen AI Mastery: Minit Mesyuarat, Saya Tunjuk Cara Tukar Rakaman Mesyuarat Jadi Minit Ikut Format Organisasi Anda.
Daripada rakam mesyuarat terus dari telefon, dapatkan transkrip, guna 10 prompt sedia guna untuk 10 jenis output, sampailah isi template minit organisasi dan semak hasil AI. Semuanya langkah demi langkah dalam 6 modul video, dan boleh guna tools AI percuma.