Cara Rakam Mesyuarat Guna Telefon & Terus Dapat Transkrip (Tanpa Download & Upload Fail)

Cara Rakam Mesyuarat Guna Telefon & Terus Dapat Transkrip (Tanpa Download & Upload Fail)

Ramai yang rakam mesyuarat guna perakam suara di telefon.

Masalahnya, selepas mesyuarat anda masih perlu muat turun fail rakaman, kemudian muat naik ke tools AI untuk dapatkan transkrip.

Ada cara yang lebih mudah. Dengan app Gemini Notebook (dahulu dikenali sebagai NotebookLM), telefon anda terus jadi perakam dan transkrip. Tak perlu download dan upload fail.

Apa Yang Anda Perlukan

  • Telefon Android atau iPhone
  • App Gemini Notebook daripada Google LLC
  • Akaun Google, sebaiknya akaun rasmi organisasi anda

Langkah 1: Install App Gemini Notebook

Buka Play Store atau App Store. Taip "notebook" atau "Gemini Notebook" di ruangan carian.

Pastikan app tersebut daripada Google LLC. Di Play Store, app ini sudah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali. Tekan Install.

Langkah 2: Tekan Ikon Mikrofon

Bila mesyuarat bermula, buka app dan tekan ikon mikrofon. Rakaman terus bermula.

Langkah 3: Hentikan Pada Minit Ke-40 Hingga 50

Setiap rakaman dalam app ini dihadkan kepada maksimum satu jam.

Jadi, saya cadangkan anda hentikan rakaman bila sampai minit ke-40 atau ke-50. Tekan tanda tik untuk tamatkan rakaman. App akan terus hasilkan notebook baharu dan mula memproses rakaman.

Kalau mesyuarat masih berjalan, tekan semula ikon mikrofon untuk sambung rakaman seterusnya.

Langkah 4: Buka Transkrip

Bila proses siap, tekan pada tajuk rakaman. Transkrip mesyuarat anda sudah tersedia.

Rakam Terus Dari Telefon

Klip daripada Panduan Gen AI Mastery: Minit Mesyuarat, Modul 3.

Lepas Dapat Transkrip, Buat Apa?

Transkrip ialah bahan mentah. Daripada satu transkrip, anda boleh dapatkan ringkasan, keputusan dan senarai tindakan. Guna prompt ini sebagai permulaan.

Prompt
Berdasarkan transkrip mesyuarat di bawah, sediakan:

1. Ringkasan mesyuarat dalam 5 poin.
2. Senarai keputusan yang dipersetujui.
3. Jadual tindakan susulan: perkara, pegawai bertanggungjawab dan tarikh akhir.

Guna transkrip sahaja. Jangan reka maklumat. Jika nama, tarikh atau angka tiada dalam transkrip, tandakan [TIDAK DINYATAKAN].

Transkrip:
[TAMPAL TRANSKRIP DI SINI]

3 Perkara Penting Sebelum Merakam

  • Pastikan semua ahli bersetuju untuk mesyuarat dirakam, supaya tiada isu timbul kemudian hari
  • Rujuk polisi organisasi dan guna akaun rasmi jika ada. Penjawat awam boleh guna akaun MyGovUC
  • Kalau mesyuarat tidak boleh dirakam, ambil nota secara manual

Dalam Panduan Gen AI Mastery: Minit Mesyuarat, Saya Tunjuk Cara Tukar Rakaman Mesyuarat Jadi Minit Ikut Format Organisasi Anda.

Selain rakam terus dari telefon, saya tunjuk cara dapatkan transkrip daripada rakaman audio dan video Zoom, Google Meet dan Teams, guna 10 prompt sedia guna untuk 10 jenis output, sampailah isi template minit organisasi dan semak hasil AI. Semuanya langkah demi langkah dalam 6 modul video.

Tn. Mohd. Aiman Ismail
Ditulis oleh Aiman Ismail

Accredited HRDC Trainer. Saya tunjuk shortcut guna Gen AI untuk naikkan produktiviti di tempat kerja.

Kenali saya